Header Ads

Semakan Rebat Bil Elektrik RM40 (Status Permohonan)

Berita baik buat rakyat Malaysia khususnya kepada kumpulan sasar miskin tegar dan miskin. Untuk makluman menerusi pembentangan bajet 2019 kerajaan Pakatan Harapan menyatakan untuk melaksanakan satu program iaitu Skim Rebat Bil Elektrik RM40 berkuatkuasa pada 1 Jun 2019. Ia merupakan satu program yang menggantikan Program Rebat Bil Elektrik RM20 yang berakhir pada 31 Disember tahun lepas. Skim ini menyasarkan kepada golongan miskin tegar dan miskin yang tersenarai dibawah sistem e-Kasih.


Bagi Penerima Skim Rebat Elektrik RM40 tidak perlu membayar RM40 dan hanya pelru membayar baki selebihnya jika amaun bil melebihi nilai rebat terbabit.
Buat masa ini, hanya 35% daripada kumpulan sasaran yang layak telah menikmati rebat tersebut. Semak kelayakan anda boleh dibuat secara online di laman portal semakanrebat.mestecc.gov.my/public/ dan sekiranya layak, daftar akaun TNB di Kedai Tenaga yang berhampiran.

Semakan Rebat Bil Elektrik RM40 (Status Permohonan) 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Program Rebat Bil Elektrik RM40 termasuk memaparkan syarat kelayakan, cara permohonan dan status semakan :

Siapakah yang layak menerima rebat bil elektrik RM40?

i. Ketua Isi Rumah (KIR) di bawah kategori miskin tegar dan miskin yang tersenarai dan disahkan dalam Sistem eKasih.
ii. Pendapatan bagi miskin tegar dan miskin adalah berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per isi rumah yang dikeluarkan oleh Kementerian Hal Ehwal
Ekonomi.
iii. Mulai 2 Januari 2019, sistem eKasih akan menggunakan PGK 2016 dalam penentuan status kemiskinan terkini.

Syarat Kelayakan Program Rebat Bil Elektrik RM40


Antara syarat-syarat kelayakan Program Rebat Bil Elektrik RM40 adalah seperti berikut:

1. Pengguna-pengguna elektrik yang layak menerima rebat ialah Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar dan miskin yang
disenaraikan dalam Sistem eKasih;

2. Penerima yang layak akan menerima rebat RM40 sepanjang tahun 2019;

3. Rebat bil elektrik akan diberikan sehingga RM40 sebulan sahaja. Sekiranya bil kurang daripada RM40, tiada baki akan
dibawa ke bulan berikutnya dan jika bil melebihi RM40, penerima perlu membayar baki tersebut;

4. Hanya satu akaun bil elektrik sahaja layak untuk menerima rebat bagi setiap Ketua Isi Rumah (KIR) dalam kumpulan
miskin/miskin tegar yang berdaftar dalam sistem eKasih;

5. Rebat RM40 hanya terpakai kepada Tarif A (Domestik) sahaja;

6. Rebat RM40 termasuk semua jenis caj (contohnya penalti lewat bayar);

7. Rebat RM40 tidak termasuk tunggakan bil pada 2018;

8. Pengguna boleh memilih untuk menukar nombor akaun elektrik yang akan menerima rebat dari semasa ke semasa;

9. Bil elektrik sehingga RM40 sebulan akan ditolak terus daripada akaun pengguna.


Cara Permohonan Rebat Bil Elektrik RM40 2019


1. Untuk memohon, anda wajib mendaftar dengan sistem e-Kasih terlebih dahulu.

2. Pendaftaran boleh dibuat samada di Pejabat Pembangunan Persekutuan / Jabatan Pembangunan Persekutuan mengikut daerah masing-masing.

3. Selepas selesai pendaftaran dibuat, anda boleh membuat semakan adakah anda layak menerima rebat ini dengan melayari Portal Rasmi MESTECC di https://semakanrebat.mestecc.gov.my/public/

Semakan Status Rebat Bil Elektrik RM40 


1. Pergi ke halaman SEMAKAN REBAT BIL ELEKTRIK

2. Masukkan nombor kad pengenalan dan tekan butang CARI.

3. Paparan seterusnya akan menunjukkan sama ada anda layak atau tidak dalam senarai penerima skim ini.

Pengguna boleh menghubungi MyGCC, telefonis syarikat utiliti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sabah Electricity Sdn.
Bhd. (SESB) dan Sarawak Energy Berhad (SEB) jika memerlukan penjelasan lanjut mengenai program ini.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.