Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41. Berminat bekerja menjadi penjawat awam? Jom mohon kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Pegawai Pemulihan Perubatan akan dibuka jika ada kekosongan jawatan di pelbagai Kementerian/Jabatan. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Pegawai Pemulihan Perubatan bagi permohonan kerja lepasan Ijazah menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41 termasuk memaparkan gaji, syarat kelayakan dan deksripsi tugas ;

Gaji Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41


Gaji Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41 sekitar RM2,429.00 sehingga RM9,656.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41 pula berjumlah RM225.00.

Syarat Kelayakan Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41


● Warganegara Malaysia.
● Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
● Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pemulihan perubatan (pertuturan, audiologi, cara kerja, fisioterapi) atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred U41: RM2,429.00).

Jawatan Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41 boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

Deskripsi Tugas Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41


Berikut adalah tugas-tugas Pegawai Pemulihan Perubatan seperti di bawah :

A. Pegawai Pemulihan Perubatan (Audiologi)

Pegawai Pemulihan Perubatan (Audiologi) bertanggungjawab menjalankan ujian-ujian diagnostik audiologi yang lengkap untuk menilai tahap pendengaran pesakit serta memberi nasihat, khidmat kaunseling dan terapi serta menyelenggara program rehabilitasi.

B. Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan)

Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) bertanggungjawab menjalankan pemulihan dan rehabilitasi masalah komunikasi, kelancaran bertutur, masalah suara serta memberi khidmat kaunseling.

C. Pegawai Pemulihan Perubatan (Fisioterapi)

i) Memberi perkhidmatan fisioterapi berjadual dan tugas gentian yang komprehensif kepada pesakit luar dan dalam wad yang diperlukan berlandaskan "Piawaian Amalan Fisioterapi" merangkumi:
- menjalankan penilaian terperinci
- mengenal pasti masalah-masalah
- merangka program rawatan yang bertepatan
- melakukan evaluasi/modifikasi rawatan dari semasa ke semasa
- memberi maklum balas pesakit kepada doktor yang merujuk

ii) Mendokumentasi dan menyimpan maklumat mengenai perawatan fisioterapi secara terperinci iaitu:
- Merekod maklumat penilaian dan perawatan pesakit di dalam borang menggunakan sistem "Problem Oriented Medical Record"
- Merekod bilangan pesakit dan rawatan di dalam buku rekod statistik harian

Semoga perkongsian ini dapat membantu mereka yang ingin bekerja kakitangan kerajaan. Selamat maju jaya.

Sumber : SPA

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.