Header Ads

Jawatan Kosong Jabatan Perhutanan Negeri Kedah 2019

Jawatan Kosong Jabatan Perhutanan Negeri Kedah 2019. Peluang buat mereka yang berkelayakan dan berminat untuk memohon jawatan kosong di sektor kerajaan atau swasta. Untuk makluman daripada portal Jabatan Perhutanan Negeri Kedah mempelawa kepada calon yang berkomited dan berminat membuat permohonan jawatan kosong terkini Jabatan Perhutanan Negeri Kedah tahun 2019. Permohonan jawatan kosong ini boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati sendiri di Kaunter Hasil, Jabatan Perhutanan Negeri Kedah Darul Aman. Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Julai 2019.

Jawatan Kosong Jabatan Perhutanan Negeri Kedah 2019

Jawatan Kosong Jabatan Perhutanan Negeri Kedah 2019


Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan dalam perkhidmatan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman (keutamaan akan diberikan kepada rakyat Negeri Kedah Darul Aman) seperti yang dinyatakan di bawah ini:

Jawatan : PEMANDU KENDERAAN
Kekosongan Baru 2019
Lokasi Kekosongan : Kedah
Tarikh Tutup : 15 Julai 2019

Cara Permohonan Jawatan Kosong Jabatan Perhutanan Negeri Kedah 2019 Online 


Berikut adalah panduan permohonan jawatan kosong di Jabatan Perhutanan Negeri Kedah tahun 2019 seperti di bawah :

1. Permohonan hendaklah dibuat dalam borang permohonan yang boleh didapati sendiri di Kaunter Hasil, Jabatan Perhutanan Negeri Kedah Darul Aman mulai 02 JULAI 2019 (SELASA).

2. Sila nyatakan jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul surat semasa memohon. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan salinan dokumen-dokumen seperti berikut:-
a) Kad pengenalan diri;
b) Sijil Kelahiran;
c) Sijil Berhenti Sekolah;
d)Kelulusan Akademik (Sijil/Diploma/Ijazah) *Mana yang berkaitan dengan jawatan yang
dipohon;
e) Lesen Memandu yang dikeluarkan oleh Jabatan Penangkutan Jalan;
f) Satu (1) keping gambar terbaru berukuran passport ; dan
g) Dokumen-dokumen sokongan yang lain (Jika ada).

3. Setiap salinan dokumen di atas hendaklah diakui sah oleh pegawai kerajaan dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional, Penghulu Mukim atau Jaksa Pendamai.

4. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Pihak Berkuasa Tempatan/Badan-Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui KETUA JABATAN masing-masing dengan menyertakan Salinan Penyata Rekod Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini sepertimana mngikut Peraturan 17 di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005.

5. Hanya calon-calon yang berkelayakan setelah ditapis dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan
dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.

6. Borang Permohonan Jawatan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:

Pengarah,
Jabatan Perhutanan Negeri Kedah Darul Aman
Aras 8, Bangunan Sultan Abdul Halim
Jalan Sultan Badlishah
05000 Alor Setar

KEDAH DARUL AMAN
TARIKH TUTUP : 15 JULAI 2019 (SEBELUM 05.00 PETANG)
WAKTU PENJUALAN BORANG : AHAD – RABU (08.30 PAGI – 12.00 TENGAH HARI)
KHAMIS (08.30 PAGI – 11.30 TENGAH HARI)
HARGA PENJUALAN : RM 5.00
HAD PENJUALAN : TERHAD 2 BORANG / INDIVIDU

Semoga anda berjaya mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Perhutanan Negeri Kedah tahun 2019.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.