Header Ads

Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Subang Jaya 2022 (MPSJ)

Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Subang Jaya 2022 (MPSJ). Anda ingin memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran? Untuk makluman menerusi portal Majlis Bandaraya Subang Jaya (MPSJ) mempelawa kepada calon yang berkomited dan berminat membuat permohonan jawatan kosong di Majlis Bandaraya Subang Jaya tahun 2022. Permohonan jawatan kosong ini boleh dibuat secara online di laman web MPSJ www.mpsj.gov.my. Tarikh tutup permohonan adalah pada 24 Mac 2022.

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Subang Jaya 2022 (MPSJ)

Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Subang Jaya 2022 (MPSJ) 


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. Keutamaan kepada rakyat Negeri Selangor yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:

Jawatan :
1. PEGAWAI VETERINAR
2. PEGAWAI UNDANG-UNDANG
3. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN
4. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA
5. PEMBANTU KESIHATAN AWAM
Jabatan : Majlis Bandaraya Subang Jaya
Kekosongan Baru 2022
Lokasi Kekosongan : Selangor
Tarikh Tutup : 24 Mac 2022

Cara Permohonan Jawatan Kosong MPSJ 2022 Online 


Berikut adalah panduan permohonan jawatan kosong di Majlis Bandaraya Subang Jaya seperti di bawah :

a) Permohonan hendaklah dibuat secara online iaitu melalui PORTAL MPSJ www.mpsj.gov.my. Sila muat turun manual permohonan.

b) Pihak MPSJ akan menghubungi calon-calon yang telah disenarai pendek bagi mengemukakan 1 Salinan dokumen dan sijil yang telah disahkan seperti berikut:-

i) Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran calon dan ibubapa.
ii) Salinan Sijil-Sijil Persekolahan.
iii) Salinan Kelulusan Akademik (sila lampirkan bersama surat pengesahan pengiktirafan kelayakan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi sijil / diploma / ijazah dari IPTS dan luar negara- (jika yang berkenaan).
iv) Transkrip keputusan peperiksaan semua semester – (jika yang berkenaan).

c) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan bersama Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini.

Semoga anda berjaya mengisi kekosongan jawatan di Majlis Bandaraya Subang Jaya tahun 2022.

Sumber : mpsj

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.