Header Ads

Jawatan Kosong MIROS 2022 Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia

Jawatan Kosong MIROS 2022 Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia. Peluang buat mereka yang berkelayakan dan berminat untuk memohon jawatan kosong di sektor kerajaan atau swasta. Untuk makluman daripada portal Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mempelawa kepada calon yang berkomited dan berminat membuat permohonan jawatan kosong terkini MIROS tahun 2022. Permohonan jawatan kosong ini boleh dibuat secara online di laman sesawang www.miros.gov.my. Tarikh tutup permohonan adalah pada 10 Mac 2022.

Jawatan Kosong MIROS 2021 Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia

Jawatan Kosong MIROS 2022 Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia


Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia adalah merupakan sebuah perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2012 (Akta 748) dan merupakan salah satu agensi Badan Berkanun di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Jawatan : 
a. PEMBANTU PENERBITAN GRED N19
b. PEGAWAI KONTRAK PROJECT
Kekosongan Baru 2022
Lokasi Kekosongan : Selangor
Tarikh Tutup : 10 Mac 2022

Cara Permohonan Jawatan Kosong MIROS Online 


Berikut adalah panduan permohonan jawatan kosong di Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia seperti di bawah :

1. Pemohon hendaklah mengisi borang Permohonan Jawatan Kosong MIROS yang boleh dimuat turun daripada laman sesawang www.miros.gov.my.

2. Sila sertakan bersama dokumen dan salinan sijil seperti berikut:

(a) Resume lengkap dan senarai tugas terkini (jika bekerja);
(b) Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;
(c) Sijil Kelulusan Persekolahan: SPM/SPM(V)/STPM dan Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM (jika berkenaan);
(d) Ijazah/Diploma dan transkrip/surat pengesahan kelulusan peperiksaan akhir dari pusat-pusat pengajian tinggi;
(e) Sijil-sijil lain yang ada berkaitan dengan jawatan seperti Sijil Malaysian University English Test (MUET), sijil pendaftaran penuh dengan lembaga ikhtisas atau kelulusan-kelulusan lain;

3. Salinan sijil-sijil penghargaan/penyertaan kegiatan luar atau ko-kurikulum TIDAK PERLU disertakan semasa permohonan. Pemohon hanya perlu mengemukakan sijil-sijil berkenaan apabila telah disenarai pendek untuk menghadiri sesi temu duga.

4. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar melalui pos atau serahan tangan sahaja ke alamat: Urus Setia Pengambilan Unit Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, Lot 135, Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral, 43000 Kajang, Selangor

Semoga anda berjaya mengisi kekosongan jawatan di Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia tahun 2022.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.