Header Ads

Panduan Menduduki Peperiksaan Online SPA

Panduan Menduduki Peperiksaan Online SPA. Adakah anda calon peperiksaan online SPA? Panduan buat anda yang bakal menduduki peperiksaan online. Terlebih dahulu diucapkan kepada calon yang berjaya dipanggil untuk menghadapi peperiksaan online yang dijalankan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Sebelum anda menduduki peperiksaan pastikan Internet anda dalam keadaan baik dan disarankan tunggu sejam lebih awal.

Panduan Menduduki Peperiksaan Online SPA

Panduan Menduduki Peperiksaan Online SPA 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang tatacara menduduki peperiksaan online SPA termasuk keperluan asas bagi memasuki peperiksaan :

KEPERLUAN ASAS BAGI MEMASUKI PEPERIKSAAN ONLINE

1. Aplikasi sistem ini boleh dicapai dengan menggunakan komputer, notebook atau telefon bimbit yang mempunyai Rangkaian internet.

2. Paparan boleh dicapai melalui semua browser (Internet Explorer, Firefox, Google Chrome, Safari).

3. Jika semasa menjawab tiada sebarang downloading (soalan tidak terpapar), sistem hang atau tersekat-sekat, sila refresh browser. Jika tidak berjaya juga, sila tukar kepada browser lain (Internet Explorer, Firefox, Google Chrome, Safari), atau logout dan login semula sistem.

4. Calon boleh mengakses sistem peperiksaan online ini di mana-mana sahaja lokasi yang mempunyai kemudahan capaian internet tanpa perlu hadir ke SPA.

Tatacara Menduduki Peperiksaan Online SPA 


Langkah 1:
Sila layari pautan peperiksaan yang telah dinyatakan dalam paparan penjadualan peperiksaan (Contoh:e xamonline110.spa.gov.my) Pautan ini hanya akan dipaparkan 1 jam sebelum peperiksaan bermula.

Langkah 2:
Skrin “Sistem Peperiksaan Online” akan dipaparkan. Sila masukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan. KATA LALUAN ADALAH ANGKA GILIRAN ANDA. Klik butang “Login”.


Langkah 3:
Skrin “Menunggu Persediaan Peperiksaan” akan dipaparkan.

Langkah 4:
Sila baca arahan dan soalan dengan teliti. Jawab semua soalan dan tunggu sehingga masa peperiksaan tamat.


Langkah 5:
Sila tunggu untuk memulakan seksyen yang berikutnya.

Langkah 6:
Skrin “Peperiksaan Tamat” akan dipaparkan setelah masa menjawab seksyen terakhir tamat.

Semoga perkongsian ini dapat dijadikan panduan buat calon SPA. Selamat maju jaya buat anda.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.