Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Pengawas Hutan G19

Gaji, Kelayakan & Tugas Pengawas Hutan G19. Berminat bekerja menjadi penjawat awam? Jom mohon kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Pengawas Hutan Gred G19.


Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Pengawas Hutan akan dibuka jika ada kekosongan jawatan di pelbagai Kementerian/Jabatan. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Pengawas Hutan bagi permohonan kerja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pengawas Hutan G19


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Pengawas Hutan Gred G19 termasuk memaparkan gaji, syarat kelayakan dan deksripsi tugas ;

Gaji Pengawas Hutan Gred G19


Gaji Pengawas Hutan Gred G19 sekitar RM1,357.00 sehingga RM4,008.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan Pengawas Hutan Gred G19 pula berjumlah RM100.

Syarat Kelayakan Pengawas Hutan Gred G19 


● Warganegara Malaysia.
● Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
● Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan daripada sekolah latihan perhutanan Sarawak atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.(Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,413.40); atau
● Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau institut latihan perhutanan Sabah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.(Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,469.80).
● Calon bagi lantikan ke Pengawas Hutan Gred G19 hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Pengawas Hutan Gred G19 boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

Deskripsi Tugas Pengawas Hutan Gred G19 


Berikut adalah tugas-tugas Pengawas Hutan Gred G19 seperti di bawah :

Bertanggungjawab membantu Renjer Hutan/Penolong Pemelihara Hutan dalam melaksanakan dan memantau kawasan rizab hutan bagi hutan simpanan kekal dan hutan tanah kerajaan, aktiviti-aktiviti pembangunan hutan, pengusahasilan hutan, pembangunan industri berasaskan kayu, pengeluaran hasil hutan, pengurusan hutan lipur dan tapak semaian hutan, membantu pengumpulan maklumat-maklumat perhutanan dan penguatkuasaan undang-undang perhutanan yang berkaitan.

Semoga perkongsian ini dapat membantu mereka yang ingin bekerja kakitangan kerajaan. Selamat maju jaya.

Sumber : SPA

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.