Header Ads

Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Alor Setar 2019 (MBAS)

Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Alor Setar 2019 (MBAS). Anda ingin memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran? Panduan buat anda yang ingin memohon jawatan kosong Majlis Bandaraya tahun 2019. Untuk makluman menerusi portal Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) mempelawa kepada calon yang berkomited dan berminat membuat permohonan jawatan kosong di Majlis Bandaraya Alor Setar. Permohonan jawatan kosong ini boleh dibuat secara online di laman MBAS. Tarikh tutup permohonan adalah pada 22 Ogos 2019.


Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Alor Setar 2019 (MBAS)


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak
kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. Keutamaan kepada
rakyat Negeri Kedah yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:

Jawatan :
1.PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29
2.PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN GRED U29
3.PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN GRED G29
4.PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W19
5.PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19
Kekosongan Baru 2019
Lokasi Kekosongan : Kedah
Tarikh Tutup : 22 Ogos 2019

Cara Permohonan Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Alor Setar 2019 


Berikut adalah panduan permohonan jawatan kosong di Majlis Perbandaran Alor Setar tahun 2019 seperti di bawah :

1. Pemohon hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Majlis Bandaraya Alor Setar yang boleh didapati dengan memuat turun melalui Laman Web Rasmi MBAS di www.mbas.gov.my .

2. Borang permohonan jawatan yang lengkap diisi beserta dengan salinan dokumen yang dikehendaki hendaklah disertakan dengan Kiriman Wang / Wang Pos bernilai RM 7.00 atas nama Majlis Bandaraya Alor Setar dan dihantar menggunakan sampul surat berukuran A4  ke alamat:
                           DATUK BANDAR
            MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR
  JALAN KOLAM AIR, 05675 ALOR SETAR, KEDAH.

3. Pastikan maklumat di belakang Wang Pos diisi lengkap.

4. Borang permohonan jawatan boleh diserahkan di kaunter Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan, Tingkat 11, Menara MBAS, Jalan Kolam Air, Alor Setar Kedah.

5. Nama jawatan dan gred yang dipohon hendaklah dinyatakan di kiri sebelah atas sampul surat.

6. Satu borang permohonan jawatan hanya untuk satu jawatan yang dipohon sahaja.
Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan dokumen berikut ;

Gambar berukuran pasport
Kad pengenalan
Sijil kelahiran
Sijil-sijil persekolahan
Kelulusan akademik
Transkrip keputusan peperiksaan
Lain-lain dokumen sokongan

7. Permohonan dari pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 17 Bab A 2005 dan hendaklah disertakan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini serta Laporan Penilaian Prestasi Tahunan terkini.         

8. Borang permohonan jawatan yang tidak disertakan dengan Kiriman Wang / Wang Pos atau borang permohonan tidak lengkap diisi atau pemohon tidak memenuhi syarat-syarat skim perkhidmatan akan ditolak permohonan jawatan.

9. Bagi kelayakan Ijazah / Diploma, pemohon perlu melampirkan  pengiktirafan kelayakan di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui laman web interaktif http://pengiktirafan.jpa.gov.my dan dilampirkan bersama borang permohonan.

10. Hanya calon-calon yang berjaya dalam sesi tapisan awal akan disenarai pendek untuk sesi temuduga. 

11. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.

Semoga anda berjaya mengisi kekosongan jawatan di Majlis Bandaraya Alor Setar tahun 2019.

Sumber : mbas

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.