Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Inspektor Polis YA13 (Lelaki/Wanita)

Gaji, Kelayakan & Tugas Inspektor Polis YA13 (Lelaki/Wanita). Anda sedang mencari-cari jawatan kosong kerajaan? Jom mohon kerja kosong kerajaan! Untuk makluman, permohonan jawatan kosong kerajaan hanya boleh dilakukan secara dalam talian (online) melalui portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Berikut kongsikan syarat kelayakan, tugas dan gaji Inspektor Polis YA13.

Gaji, Kelayakan & Tugas Inspektor Polis YA13 (Lelaki/Wanita)

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Inspektor Polis YA13 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan di jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Inspektor Polis YA13 bagi lepasan SPM atau setaraf menerusi portal web SPA. Permohonan ini boleh dilakukan secara dalam talian di laman web SPA https://putra2.spa.gov.my.

Gaji, Kelayakan & Tugas Inspektor Polis YA13 (Lelaki/Wanita) 


Berikut adalah maklumat tentang jawatan
Inspektor Polis YA13 yang memaparkan tangga gaji, syarat kelayakan dan deksripsi tugas :

Gaji Inspektor Polis YA13


Gaji minimum Inspektor Polis YA13 (RM2,502.00). Manakala untuk gaji maksimum Inspektor Polis YA13 adalah RM9,803. Kadar kenaikan gaji adalah RM230.00.

Syarat Kelayakan Inspektor Polis YA13


Antara syarat-syarat kelayakan bagi jawatan Inspektor Polis YA13 seperti berikut :

a). Terdiri dari Warganegara Malaysia;
b). Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun (Kelulusan Sarjana Muda), tidak melebihi daripada 30 tahun, (Kelulusan Sarjana) dan tidak lebih daripada 35 tahun (Kelulusan PhD) pada tarikh pendaftaran permohonan secara online;

c). Kelayakan Akademik:
i). Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM2,502.00]; atau
ii). Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM2,646.88]; atau
iii). Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang-bidang yang diperlukan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM2,792.63]; atau
iv). Ijazah Doktor Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13]: RM2,938.39; atau
v) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,084.15]; atau
vi). Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,084.15]; atau
vii). Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan
yang diiktiraf oleh kerajaan.[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,229.91]; atau
viii). Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,084.15]; atau
ix). Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang forensik, matematik atau perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,375.67];
xii). Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

d). Kelayakan Fizikal:
Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-
i). Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu;
ii). Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48kg;
iii). Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
iv). Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja);
v). Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan alat bantuan;
vi). Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
vii) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan)

Semoga perkongsian ini tentang gaji, kelayakan dan tugas Inspektor Polis YA13 membantu mereka yang ingin bekerja kakitangan kerajaan. Selamat maju jaya.

Sumber : rmp

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.