Header Ads

Intipati Belanjawan 2023 Malaysia (Ringkasan Kandungan)

Intipati Belanjawan 2023 Malaysia. Apakah intipati atau kandungan dalam Belanjawan Malaysia 2023? Pastinya rakyat Malaysia amat menantikan intipati pembentangan Bajet Malaysia tahun 2023. Untuk makluman, pembentangan Bajet Malaysia 2023 bakal berlangsung pada 7 Oktober 2022 jam 4.00 petang dan bertempat di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia. Belanjawan 2023 turut disiarkan di saluran RTM dan radio utama di Malaysia.

Intipati Belanjawan 2023 Malaysia (Ringkasan Kandungan)

Intipati Belanjawan 2023 Malaysia (Ringkasan Kandungan)


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Belanjawan Malaysia 2023 termasuk memaparkan tarikh, masa, siaran langsung dan ringkasan kandungan intipati :

Tarikh: 7 Oktober 2022
Hari: Jumaat
Masa: 4.00 petang
Lokasi: Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia
Siaran Langsung: RTM TV1


Tema Dan Jumlah Peruntukan Bajet 2023


TAHUN 2023 
Tema: Keluarga Malaysia, Makmur Bersama

Peruntukan Bajet 2023 : RM372.3 billion

TAHUN 2020
Tema: Kemakmuran Bersama: Menjana Pertumbuhan Inklusif Yang Berkualiti Ke Arah Ekonomi Berpendapatan Tinggi

Peruntukkan Bajet 2020: 

TAHUN 2019
Tema: Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera

Peruntukkan Bajet 2019: RM314.50 billion

Ringkasan Intipati Bajet Malaysia 2023


📌 Warga emas tiada pasangan serta golongan bujang akan terima BKM masing-masing RM600 dan RM350 bergantung kepada had pendapatan

📌 Bantuan tambahan RM500 kepada ibu atau bapa tunggal yang ada anak tanggungan diteruskan dan layak terima BKM maksimum RM3,000

📌 Kerajaan akan wajibkan caruman SKSPS kepada semua sektor pekerjaan sendiri secara berperingkat

📌 Jumlah had pegangan ASB dan ASB2 dinaikkan kepada RM300,000 berbanding RM200,000 sebelum ini

📌 BSN akan sedia dana pinjaman mudah, bantu B40 melabur dalam ASB

📌 BKM 2023 akan beri manfaat kepada 8.7 juta penerima dengan peruntukan RM7.8 bilion

📌 Kredit e-Dompet bernilai RM100 kepada kumpulan M40 berpendapatan tahunan di bawah RM100 ribu

📌 RM1 billion untuk Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia

📌 Pengecualian cukai untuk wanita, ke atas pendapatan yang diterima taksiran 2023 sehingga 2028, untuk mengalakkan lebih ramai wanita kembali bekerja setelah tempoh ‘career break’

📌 Kadar cukai perusahaan mikro, kecil dan sederhana dikurangkan kepada 15%

📌 Pengecualian bayar balik pinjaman PTPTN bagi pelajar ijazah sarjana muda kelas pertama

📌 Program i-Saraan dilanjutkan tahun depan, caruman padanan ditingkatkan daripada RM250,000 kepada RM300,000

📌 Kadar Bantuan Awal Persekolahan dinaikkan kepada RM150, diberi kepada semua murid tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa

📌 Kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan kepada 2 mata peratusan

📌 Inisiatif pas bulanan My50 diteruskan untuk kurangkan kos perjalanan warga Lembah Klang, beri manfaat hampir 180,000 pengguna

📌 Diskaun 15 hingga 20 peratus untuk bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional bermula 1 November ini hingga 30 April 2023

📌 RM10 juta disediakan bagi pemberian baucar perjalanan kepada OKU melalui perkhidmatan e-hailing

📌 Peruntukan penyakit jarang jumpa ditingkatkan kepada RM25 juta, pelaksanaan MySalam dan Baucar Perlindungan Tenang diteruskan kepada penerima BKM

📌 Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 kepada penjawat awam dinaikkan kepada RM600, dibayar pada Mac 2023

📌 Inisiatif Pakej Remaja Keluarga Malaysia dilanjutkan sehingga April 2023 untuk rapatkan jurang digital dalam kalangan belia.


Semoga pembentangan Intipati Bajet 2023 ini dapat memberi berita gembira buat seluruh rakyat Malaysia dan juga kakitangan awam. 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.