Header Ads

Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan 2023 (KESEDAR)

Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan 2023 (KESEDAR). Anda ingin bekerja di sektor kerajaan atau swasta? Peluang permohonan terbuka kepada pemohon yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR). Untuk makluman, kini ditawarkan pelbagai jawatan kosong di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan tahun 2023. Permohonan jawatan kosong ini boleh dibuat secara online di laman web KESEDAR. Tarikh tutup permohonan adalah pada 22 Oktober 2019.

Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan 2019 (KESEDAR)

Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan 2023 (KESEDAR) 


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia khususnya anak jati negeri Kelantan yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan secara Tetap/Kontrak di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan seperti berikut:

Jawatan :
1.PEGAWAI TADBIR GRED N41
2.PEGAWAI PERTANIAN GRED G41
3.AKAUNTAN GRED WA41
4.JURUUKUR GRED J41
5.PENOLONG JURUUKUR GRED JA29
6.PENOLONG JURUTERA GRED JA29
7.PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED JA29
8.PENOLONG PEGAWAI TANAH GRED NT29
9.PENOLONG PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S29
10.PENOLONG AKAUNTAN GRED W29
11.PENOLONG JURUAUDIT GRED W29
12.PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19
13.JURU AUDIO VISUAL GRED N19
14.PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT/SETIAUSAHA PEJABAT GRED N19
15.PENYELIA RANCANGAN TANAH GRED G19
16.PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S19
17.JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT19
18.PEMANDU KENDERAAN GRED H11
Kekosongan Baru 2019
Lokasi Kekosongan : Kerajaan
Sektor : Kerajaan
Tarikh Tutup Permohonan : 22 Oktober 2019

Cara Permohonan Jawatan Kosong KESEDAR Kelantan Online


Berikut adalah panduan permohonan jawatan di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan secara dalam talian (online) seperti di bawah :

i. Permohonan hendaklah dibuat melalui sistem online perjawatan yang boleh
didapati dalam laman web KESEDAR di www.kesedar.gov.my.

ii. Dokumen asal dan salinan yang disahkan oleh Pegawai Kerajaan daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Penghulu Mukim perlu dibawa ketika menghadiri tapisan fizikal dan sesi temuduga sekiranya berjaya iaitu sebagaimana berikut:
a. Kad Pengenalan;
b. Sijil Kelahiran;
c. Sijil-sijil persekolahan;
d. Kelulusan Akademik (Sijil / Diploma / Ijazah) mana yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon;
e. Transkrip Keputusan Akhir Peperiksaan (Diploma / Ijazah) jika keputusan sebenar belum diterima;
f. Dokumen-dokumen sokongan yang lain (jika ada); dan
g. Perakuan bebas daripada kebankrapan (daripada Jabatan Insolvensi/Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit) dan bebas daripada sebarang perlakuan jenayah/tindakan mahkamah (daripada PDRM).

iii. Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan dokumen tambahan ketika menghadiri tapisan fizikal dan sesi temuduga sekiranya berjaya iaitu sebagaimana berikut:
a. 80% Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun terkini;
b. Laporan Nilaian Prestasi Khas (LNPK) bagi yang berkhidmat kurang daripada satu (1) tahun;
c. Diperakukan oleh Ketua Jabatan;
d. Bebas daripada Tindakan Tatatertib (SPRM);
e. Isytihar Harta; dan
f. Perakuan Bebas daripada kebankrapan (daripada Jabatan Insolvensi Malaysia/Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit).
iv. Calon juga dipohon untuk membawa bersama gambar berukuran pasport sebanyak lima (5) keping ketika menghadiri tapisan fizikal dan sesi temuduga sekiranya berjaya.
v. Permohonan yang lewat diterima dan tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan dan calon-calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk melalui semua tapisan pengambilan.
vi. Tarikh tutup permohonan ialah pada 22 Oktober 2019 (Selasa).

Semoga anda berjaya ditawarkan jawatan di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan tahun 2023.

Sumber : kesedar

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.