Header Ads

Jawatan Kosong Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 2019 (LPSVN)

Jawatan Kosong Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 2019 (LPSVN). Anda ingin bekerja di sektor kerajaan atau swasta? Peluang permohonan terbuka kepada pemohon yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan di Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) bagi tahun 2019. Untuk makluman, kini ditawarkan pelbagai jawatan kosong di Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara. Permohonan jawatan kosong ini boleh dibuat dengan memuat turun BORANG LPSVN 1/94 yang boleh didapati secara percuma daripada Bahagian Khidmat Pengurusan LPSVN atau boleh dimuat turun daripada laman web LPSVN. Tarikh tutup permohonan adalah pada 18 Oktober 2019.

Jawatan Kosong Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 2019 (LPSVN)

Jawatan Kosong Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 2019 (LPSVN) 


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan secara Tetap/Kontrak di Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara seperti berikut:

Jawatan :
1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29
2. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT GRED N19
Kekosongan Baru 2019
Lokasi Kekosongan : Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan
Tarikh Tutup Permohonan : 18 Oktober 2019

Cara Permohonan Jawatan Kosong LPSVN 2019 Online


Berikut adalah panduan permohonan jawatan di Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara tahun 2019 secara dalam talian (online) seperti di bawah :

1. Permohonan hendakah dibuat dengan menggunakan BORANG LPSVN 1/94
(Pindaan 2013) yang boleh didapati secara percuma daripada Bahagian Khidmat Pengurusan LPSVN atau boleh dimuat turun daripada laman web LPSVN
www.artgallery.gov.my . Borang salinan pendua boleh digunakan.

2. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran pasport, salinan sijil kelahiran, salinan kad pengenalan, salinan sijil-sijil persekolahan dan kelulusan yang berkelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan
serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan.

3. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul
surat berukuran 23cm x 30cm. Disudut sebelah kiri sampul hendaklah ditulis
nama jawatan yang dipohon.

PERMOHONAN YANG DITOLAK

Permohonan berikut akan ditolak tanpa diberi sebarang jawapan:-
i. tidak menggunakan Borang LPSVN 1/94 (Pindaan 2013);
ii. tidak disertakan gambar berukuran pasport;
iii. tidak disertakan salinan dokumen yang diperlukan;
iv. tidak lengkap dan tidak terang;
v. tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam iklan;
vi. tidak menandatangani borang permohonan.

4. ALAMAT DAN TARIKH TUTUP PERMOHONAN
(a) Permohonan hendaklah disampaikan kepada;
Ketua Pengarah
Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara
No.2, Jalan Temerloh
Off Jalan Tun Razak
53200 Kuala Lumpur
(u.p: Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) )
(b) Tarikh tutup : 18 Oktober 2019

CATATAN AM
(a) Hanya pemohon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil menghadiri
temuduga.
(b) Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah dianggap tidak berjaya.
(c) Segala perbelanjaan menghadiri temuduga adalah ditanggung sepenuhnya oleh pemohon.

Semoga anda berjaya ditawarkan jawatan di Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara tahun 2019.

Sumber : Artgallery

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.