Header Ads

Jawatan Kosong Majlis Daerah Kuala Langat 2019

Jawatan Kosong Majlis Daerah Kuala Langat 2019. Peluang buat mereka yang berkelayakan dan berminat untuk memohon jawatan kosong di sektor perkhidmatan awam. Untuk makluman, permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong Majlis Daerah Kuala Langat tahun 2019. Permohonan jawatan kosong ini boleh dibuat dengan memuat turun borang permohonan di laman web rasmi www.mdkampar.gov.my. Tarikh tutup permohonan pada 7 November 2019.

Jawatan Kosong Majlis Daerah Kuala Langat 2019

Jawatan Kosong Majlis Daerah Kuala Langat 2019


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada rakyat Negeri Selangor Darul Ehsan yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk mengisi jawatan berikut :

Jawatan :
1. PENOLONG AKAUANTAN GRED W29
2. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED FA29
3. PEMBANTU PENGUATKUASA GRED KP19
4. PEMBANTU TADBIR ( KEWANGAN) GRED W19
Kekosongan Baru 2019
Lokasi Kekosongan : Selangor
Sektor : Kerajaan
Tarikh Tutup Permohonan : 7 November 2019

Cara Permohonan Jawatan Kosong Majlis Daerah Kuala Langat 2019 


1. 1. Semua permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong Majlis Daerah Kuala Langat yang boleh diperolehi di Bahagian
Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Daerah Kuala Langat,
Persiaran Majlis, Jalan Sultan Alam Shah, 42700 Banting atau muat turun dari laman
web www.mdkl.gov.my.

2. Permohonan daripada pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan / Badan Berkanun / Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah melalui Ketua Jabatan mengikut Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005.

3. Borang permohonan hendaklah disertakan dengan gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan pemohon, salinan kad pengenalan ibu dan bapa pemohon, salinan sijil kelahiran pemohon, salinan sijil kelahiran ibu dan bapa pemohon, salinan sijil-sijil akademik dan ko-kurikulum serta salinan sijil-sijil penghargaan yang telah diakui sah oleh Wakil Rakyat / Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan & Profesional / Pengetua / Guru Besar / Penghulu / Ketua Kampung. Nama jawatan hendaklah dicatat di sebelah kiri sampul surat.

4. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

5. Tarikh permohonan pada : 25 Oktober 2019 hingga 7 November 2019.

6. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

7. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan adalah tidak berjaya.

Semoga anda berjaya mengisi kekosongan jawatan di Majlis Daerah Kuala Langat tahun 2019.

Sumber :

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.