Header Ads

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Seremban 2021

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Seremban 2020. Peluang buat mereka yang berkelayakan dan berminat untuk memohon jawatan kosong di sektor perkhidmatan awam. Untuk makluman daripada portal Majlis Perbandaran Seremban (MPSNS) mempelawa kepada calon yang berkomited dan berminat membuat permohonan jawatan kosong Majlis Perbandaran Seremban tahun 2021. Permohonan jawatan kosong ini boleh dibuat dengan mengisi borang yang didapati di Majlis Perbandaran Seremban sehingga tarikh tutup permohonan adalah pada 25 Februari 2021.

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Seremban 2019

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Seremban 2021


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. Keutamaan kepada rakyat Negeri Sembilan yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:

Jawatan :
1. ARKITEK LANDSKAP
2. JURUTERA (ELEKTRIK)
3. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN
4. PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN
5. JURUFOTOGRAFI
6. JURUAUDIO VISUAL
Jabatan : Majlis Perbandaran Seremban
Lokasi Kekosongan : Negeri Sembilan
Sektor : Kerajaan
Tarikh Tutup : 25 Februari 2021

Cara Permohonan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Seremban 


Berikut adalah panduan permohonan jawatan kosong di Majlis Perbandaran Seremban seperti di bawah :

a) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang yang didapati dengan dikenakan bayaran sebanyak RM 2.00 (1 borang) di Majlis Perbandaran Seremban atau layari ke laman web https://www.mbs.gov.my/ms/mbs/pusat-media/pengumuman/jawatan-kosong

b) Semua borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan disertakan salinan maklumat-maklumat yang DIAKUI SAH oleh Pegawai Kerajaan daripada Kumpulan Pengurusan Dan Profesional
seperti berikut :
i) salinan kad pengenalan (telah dipalang ’untuk kegunaan MPS sahaja’)
ii) salinan surat beranak
iii) salinan sijil-sijil kelayakan
iv) salinan transkrip bagi sijil yang berkenaan
v) gambar berukuran pasport

c) Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 dan menyertakan bersama-sama dengan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Prestasi.

d) Permohonan yang lewat diterima dan tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan seperti di para (b) tidak akan dipertimbangkan dan calon-calon yang berkelayakan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

e) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

f) Alamat Permohonan:

Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Seremban,
Wisma Bandar Raya,
Lot 24392 Persiaran Forest Heights 1,
Jalan Seremban – Tampin, 70450 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
(u.p. : Jabatan Khidmat Pengurusan)
Tel : 06-7654333

Semoga anda berjaya mengisi kekosongan jawatan di Majlis Perbandaran Seremban tahun 2021.

Sumber : mpsns

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.