Header Ads

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Segamat 2019

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Segamat 2019. Peluang buat mereka yang berkelayakan dan berminat untuk memohon jawatan kosong di sektor perkhidmatan awam. Untuk makluman daripada portal Majlis Perbandaran Segamat mempelawa kepada calon yang berkomited dan berminat membuat permohonan jawatan kosong Majlis Perbandaran Segamat tahun 2019. Permohonan jawatan kosong ini boleh dibuat dengan memuat turun borang di laman web www.mpsegamat.gov.my. Tarikh tutup permohonan adalah pada 22 Oktober 2019.

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Segamat 2019

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Segamat 2019


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak
kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. Keutamaan kepada rakyat Johor yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:

Jawatan :
1. ARKITEK GRED J41
2. AKAUNTAN GRED  WA41
3. PEGAWAI PENILAIAN GRED W41
4. OENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED  N29
5. PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N19
6. PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED  J41
7. PEMBANTU KESIHATAN AWAM GRED U19
8. PEMBANTU PENGUATKUASA GRED KP19
Kekosongan Baru
Lokasi Kekosongan : Johor
Sektor : Kerajaan
Tarikh Tutup : 22 Oktober 2019

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Segamat 2019

Cara Permohonan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Segamat 2019


Berikut adalah panduan permohonan jawatan kosong di Majlis Perbandaran Segamat tahun 2019 seperti di bawah :

(a) Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati dengan memuat turun borang di laman web www.mpsegamat.gov.my.

(b) Permohonan daripada jawatan Gred 29 hingga Gred 41 ke atas hendaklah disertakan dengan “video resume” dalam bentuk sofcopy sebagaimana berikut:-
i) Berdurasi tidak lebih dari 3 minit.
ii) Menggunakan suara sebenar pemohon.
iii) Ringkasan latarbelakang keluarga pemohon.
iv) Ringkasan latarbelakang pendidikan pemohon.
v) Ringkasan pengalaman kerja pemohon.
vi) Pekerjaan aktiviti terakhir atau semasa pemohon.
vii) Ringkasan pencapaian/anugerah tertinggi pemohon.
viii) Ringkasan dan hobi kegiatan luar pemohon.
ix) Ringkasan penglibatan pemohon di dalam masyarakat atau NGO.
x) Ringkasan kelebihan/kesesuaian pemohon dengan jawatan yang dipohon.
xi) Ringkasan matlamat dan perancangan masa depan pemohon.
xii) Ringkasan kelemahan/kekurangan pemohon

(c) Permohonan-permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:-
YANG DIPERTUA,
MAJLIS PERBANDARAN SEGAMAT,
JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN,
85000 SEGAMAT JOHOR.

d) Sila nyatakan jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul surat berkenaan semasa memohon dan mengembalikan borang-borang permohonan. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan dokumen-dokumen seperti berikut :-
(i) Kad Pengenalan Diri yang telah disahkan;
(ii) Sijil Kelahiran yang telah disahkan;
(iii) Sijil Berhenti Sekolah dan sijil Persekolahan yang telah disahkan;
iv) Sijil Kelulusan Akademik (Sijil/Diploma/Ijazah)* mana yang berkaitan dengan
jawatan yang dipohon yang telah disahkan;
v) Transkip keputusan akhir peperiksaan (jika diploma/ijazah sebenar masih belum diterima) yang telah disahkan;
vi) Satu (1) keping gambar terkini berukuran ‘paspot’;
vii) Dokumen-dokumen sokongan yang lain (jka ada) yang telah disahkan.

(e) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Pihak Penguasa Tempatan/Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dengan menyertakan salinan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi tahunan yang terakhir sepertimana mengikut Peraturan-Peraturan Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2005, Peraturan 17 Bab A.

(f) Bagi kelayakan Ijazah/Diploma/Sijil perlu mendapatkan pengiktirafan kelayakan di Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) melalui laman web
http://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm dan dilampirkan bersama resume
permohonan.

(g) Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat-syarat seperti di dalam iklan akan DTOLAK SERTA-MERTA.

(h) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
(i) Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup adalah dianggap TIDAK BERJAYA.

(j) Pihak Pentadbiran Majlis Perbandaran Segamat tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temuduga.

PERINGATAN : SEMUA SALINAN DOKUMEN DI ATAS HENDAKLAH DISAHKAN OLEH
PEGAWAI KERAJAAN (KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL) ATAU PENGHULU MUKIM/ KETUA KAMPUNG.

Semoga anda berjaya mengisi kekosongan jawatan di Majlis Perbandaran Segamat tahun 2019.

Sumber : mpsegamat

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.