Header Ads

Soalan Lazim Program Subsidi Petrol (PSP)

Soalan Lazim Program Subsidi Petrol (PSP). Berita baik buat penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dimana kerajaan di bawah Pakatan Harapan mengumumkan satu inisiatif baharu iaitu Program Subsidi Petrol. Untuk makluman, Program Subsidi Petrol atau ringkasnya PSP merupakan satu pengagihan semula subsidi petrol kepada isirumah berpendapatan rendah yang memenuhi syarat kelayakan. Bagi penerima Bantuan Sara Hidup sahaja boleh menyemak kelayakan Program Subsidi Petrol sama ada layak menerima atau tidak. Berikut dikongsikan soalan-soalan lazim Program Subsidi Petrol.

Soalan Lazim Program Subsidi Petrol (PSP)

Soalan Lazim Program Subsidi Petrol (PSP) 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Program Subsidi Petrol termasuk memaparkan syarat kelayakan, jumlah subsidi dan cara penerimaan :

1. Apakah Program Subsidi Petrol?

Program Subsidi Petrol adalah inisiatif Kerajaan untuk meringankan beban isirumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol. Ia adalah satu bentuk bantuan kewangan untuk membantu rakyat membiayai sebahagian kos penggunaan petrolnya.
Prinsip bantuan yang hendak disampaikan oleh Kerajaan ialah melalui pengagihan semula subsidi yang saksama (equitable redistribution) dan dasar berpandukan data (data driven policy). Subsidi petrol sedia ada secara pukal yang dinikmati oleh
semua orang tanpa mengira kerakyatan dan pendapatan akan diubah kepada golongan sasar yang layak, iaitu warganegara Malaysia yang sangat memerlukan bantuan tersebut.

2. Adakah saya layak menyertai
Program Subsidi Petrol?

Anda layak jika anda memenuhi kriteria berikut:
1. Merupakan penerima BSH beralamat di
Semenanjung Malaysia sahaja;
2. Memiliki kenderaan persendirian yang
berdaftar dan mempunyai Lesen Kenderaan Motor yang masih sah;
3. Had pemilikan kenderaan individu adalah 2 buah kereta dan 2 buah motosikal; dan
4. Kelayakan berdasarkan kepada salah satu kriteria kapasiti enjin kenderaan seperti berikut:
i. Kereta <= 1,600cc
ii. Kereta > 1,600cc dan berumur >= 10 tahun
iii.Motosikal <= 150cc
iv. Motosikal > 150cc dan berumur >= 7 tahun

3. Saya adalah penerima BSH dan memiliki kereta yang mempunyai kapasiti enjin
melebihi 1,600cc. Adakah saya layak?

Sekiranya usia kereta adalah kurang daripada 10 tahun, anda tidak layak menerima subsidi petrol. Namun, jika usia kereta adalah 10 tahun dan ke atas anda layak.

4. Bila dan bagaimanakah saya akan menerima subsidi petrol?

Subsidi petrol akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda pada suku pertama tahun 2020 dengan jumlah subsidi bagi tempoh 4 bulan iaitu Januari hingga April 2020. Bagi kereta sebanyak RM120 dan motosikal sebanyak RM48.

5. Berapakah jumlah subsidi yang akan saya terima?

Kadar subsidi adalah sebanyak RM30 sebulan bagi pemilik kereta atau RM12 sebulan bagi pemilik motosikal, terhad kepada salah satu kadar yang lebih tinggi.

• Individu yang mempunyai lebih daripada satu kenderaan hanya layak menerima subsidi untuk satu kenderaan sahaja mengikut kadar yang lebih tinggi.
• Sebagai contoh, seorang bapa yang memiliki dua kereta dan dua motosikal untuk kegunaan isteri dan anak-anaknya hanya layak menerima bantuan subsidi petrol maksimum RM30 sebulan. Bagi individu yang memiliki dua motosikal hanya layak menerima bantuan subsidi petrol maksimum RM12 sebulan.

6. Kenapa subsidi petrol dihadkan pada RM30 sebulan untuk kereta dan RM12 sebulan untuk motosikal?

Penentuan kuota bulanan subsidi petrol sebanyak 100 liter sebulan bagi pengguna kereta dan 40 liter sebulan bagi motosikal adalah berpandukan kepada kajian jarak perjalanan yang lazim ke tempat kerja dan keperluan harian yang selainnya sejauh 1,500 kilometer sebulan atau 50 kilometer
sehari. Kadar subsidi yang telah ditetapkan bagi kedua-dua jenis kenderaan ialah sebanyak RM0.30 seliter, iaitu julat kadar subsidi yang ditanggung oleh Kerajaan melalui subsidi pukal pada masa ini

7. Apa yang berlaku jika harga petrol RON95 lebih rendah daripada RM2.08 seliter? Adakah saya masih mendapat
subsidi saya?

Subsidi tidak akan diberikan sekiranya harga PETROL RON95 berada di bawah RM2.08 seliter. Objektif subsidi adalah untuk membantu rakyat apabila harga petrol tinggi. Oleh itu, subsidi tidak
diberikan apabila harga petrol berada pada kadar yang berpatutan.

8. Bagaimanakah saya menyemak status kelayakan saya?

Status kelayakan boleh disemak melalui portal di psp.kpdnhep.gov.my bermula 15 Oktober 2019

9. Sekiranya semakan mendapat saya tidak layak, bolehkah saya membuat rayuan?

Ya, anda boleh membuat rayuan melalui portal di psp.kpdnhep.gov.my apabila permohonan rayuan dibuka kepada penerima BSH yang tidak layak. Kategori rayuan merangkumi pengemaskinian
pemilikan kenderaan atau alamat rumah.

Untuk dapatkan soalan lazim lain tentang Program Subsidi Petrol boleh kunjungan ke https://psp.kpdnhep.gov.my/doc/faqPSPv12.pdf.

Sumber : psp

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.