Header Ads

Ujian Lasak & Temuduga Terbuka Dewan Bandaraya Kuala Lumpur 2019 (DBKL)

Ujian Lasak & Temuduga Terbuka Dewan Bandaraya Kuala Lumpur 2019 (DBKL). Anda ingin bekerja di sektor kerajaan atau swasta? Peluang permohonan terbuka kepada pemohon yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tahun 2019. Untuk makluman, kini ditawarkan pelbagai jawatan kosong di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Permohonan jawatan kosong ini boleh dibuat secara online di laman web DBKL. Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Oktober 2019.

Ujian Lasak & Temuduga Terbuka Dewan Bandaraya Kuala Lumpur 2019 (DBKL)

Ujian Lasak & Temuduga Terbuka Dewan Bandaraya Kuala Lumpur 2019 (DBKL) 


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi menghadiri ujian lasak terbuka jawatan berikut:

Jawatan :
1. PEMBANTU PENGUATKUASA GRED KP19
Kekosongan Baru 2019
Lokasi Kekosongan : Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan
Tarikh Tutup Permohonan : 15 Oktober 2019

Permohonan Jawatan Kosong Dewan Bandaraya Kuala Lumpur 2019 Online


Berikut adalah panduan permohonan jawatan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tahun 2019 secara dalam talian (online) seperti di bawah :

Permohonan jawatan kosong DBKL boleh dibuat secara online di laman Portal Dewan Bandaraya Kuala Lumpur www.dbkl.gov.my.

Ujian Lasak Terbuka & Temuduga DBKL 2019


A. UJIAN LASAK TERBUKA AKAN DIADAKAN PADA TARIKH DAN TEMPAT SEPERTI BERIKUT:

JAWATAN : Pembantu Penguatkuasa Gred KP19
TARAF JAWATAN : Tetap/ Kontrak
JANTINA : Lelaki/ Wanita
TARIKH UJIAN LASAK : 15 Oktober 2019 (Selasa)
TEMPAT UJIAN LASAK : Stadium Titiwangsa Taman Tasik Titiwangsa Jalan Tembeling Kuala Lumpur
MASA PENDAFTARAN : 8.30 pagi - 10.30 pagi

B. UMUR
Calon-calon hendaklah berumur 21 hingga 26 tahun pada tahun 2019.

C. INDEKS JISIM BADAN (BMI)
Calon-calon hendaklah mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.

D. SYARAT PELANTIKAN
(i) Calon-calon dikehendaki melayari portal Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (www.dbkl.gov.my) untuk menyemak kelayakan dan melihat keseluruhan iklan bagi jawatan di atas.

E. SILA BAWA DOKUMEN ASAL DAN SALINAN BERIKUT SEMASA UJIAN LASAK TERBUKA:
(i) KAD PENGENALAN;
(ii) SIJIL KELAHIRAN;
(iii) SIJIL SPM;
*SLIP KEPUTUSAN SPM, TIDAK DITERIMA;
(iv) LESEN MEMANDU / LESEN TEMPOH PERCUBAAN (P) YANG MASIH SAH DAN
DIKELUARKAN OLEH JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ);
(v) SEKEPING GAMBAR TERBARU BERUKURAN PASPORT.

CATATAN
(i) SALINAN SIJIL SPM, LESEN MEMANDU DAN SEMUA DOKUMEN DI ATAS WAJIB
DISAHKAN;
(ii) CALON DIKEHENDAKI BERPAKAIAN T-SHIRT WARNA PUTIH, SELUAR PANJANG
SUKAN (TRACK BOTTOM) DAN KASUT SUKAN.
(iii) KEGAGALAN CALON MENYEDIAKAN DOKUMEN YANG DINYATAKAN DI ATAS BOLEH MENGAKIBATKAN CALON TIDAK DIBENARKAN UNTUK MENJALANI UJIAN LASAK TERBUKA INI.
(vi) HANYA CALON-CALON YANG BERJAYA MELEPASI SEMUA PERINGKAT UJIAN LASAK SAHAJA AKAN DIPANGGIL KE PERINGKAT SETERUSNYA.

Semoga anda berjaya mengisi kekosongan jawatan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tahun 2019.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.