Header Ads

e-Pengambilan PDRM : Permohonan Polis Online (Pendaftaran)

e-Pengambilan PDRM : Permohonan Polis Online. Anda tahu permohonan jawatan Polis dalam sistem E-Pengambilan PDRM? Untuk makluman, kini anda boleh membuat permohonan jawatan-jawatan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) secara online melalui Sistem e-Pengambilan PDRM. Sistem online ini mula diperkenalkan pada 23 September 2019 dimana dikendalikan sepenuhnya oleh Unit Pengambilan PDRM, Bukit Aman. Dengan adanya sistem e-Pengambilan, pemohon yang berkelayakan boleh terus buat permohonan jawatan kosong PDRM melalui e-Pengambilan. 

e-Pengambilan PDRM : Permohonan Polis Online

e-Pengambilan PDRM : Permohonan Polis Online (Pendaftaran) 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang sistem e-Pengambilan PDRM termasuk memaparkan cara pendaftaran dan aplikasi online:

Lokasi : Seluruh Malaysia 
Jawatan : - 
Jabatan : Polis Diraja Malaysia 
Tarikh Tutup Permohonan : - 

Cara Pendaftaran Sistem e-Pengambilan PDRM 


1. Untuk pertama kali, anda perlu membuat pendaftaran pengguna baru dengan melayari ke laman web https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/

2. Pemohon perlu mengisi maklumat akaun yang lengkap seperti ID Pengguna, Kata Laluan, Pengesahan Kata Laluan, Emel dan Soal Keselamatan Kata Laluan. Pastikan anda masukkan alamat emel yang sah.

Nota : Sistem akan menggunakan e-mel ini sebagai medium untuk menghantar kata laluan dan pengaktifan akaun buat pertama kali.

3. Selain itu, lengkapkan maklumat peribadi seperti nama, jantina, no KP baru, tarikh lahir, alamat dan nombor telefon. 

4. Setelah lengkapkan maklumat anda perlu masukkan kod pengesahan dan klik butang SERAH. 

5. Sekiranya akaun permohonan dah aktif, anda perlu Log Masuk dengan isikan ID Pengguna dan Kata Laluan. 


INFO : 
Bagi anda nak buat pendaftaran sistem e-Pengambilan Polis Diraja Malaysia, sila muat turun Manual Pengguna e-Pengambilan

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila layari Facebook Rasmi Unit Pengambilan PDRM, https://www.facebook.com/Unitpengambilan/ atau hubungi talian 03-22668350/8348/8344. 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.