Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa. Anda sedang mencari-cari jawatan kosong kerajaan? Jom mohon kerja kosong kerajaan! Untuk makluman, permohonan jawatan kosong kerajaan hanya boleh dilakukan secara dalam talian (online) melalui portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Berikut kongsikan syarat kelayakan, tugas dan gaji Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred JA29.

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa akan dibuka jika ada kekosongan jawatan di pelbagai Jabatan/ Agensi Kerajaan. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa bagi lepasan Diploma menerusi laman web SPA. Permohonan ini boleh dilakukan secara dalam talian di laman web SPA https://putra2.spa.gov.my.

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa


Berikut adalah maklumat tentang jawatan
Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa yang memaparkan tangga gaji, syarat kelayakan dan deksripsi tugas :

Gaji Juru Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa


Gaji minimum Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa (RM1,549.00). Manakala untuk gaji maksimum Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa adalah RM5,701.00. Kadar kenaikan gaji tahunan adalah RM145.00.

Syarat Kelayakan Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa


Antara syarat-syarat kelayakan bagi jawatan Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa seperti berikut :

a). Terdiri dari Warganegara Malaysia;
b). Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh pendaftaran permohonan secara online;
c). Sijil dalam bidang perancang bandar dan wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,549.00); atau
d). Diploma dalam bidang perancang bandar dan wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,935.02).

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa


Antara tugas-tugas Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa seperti berikut ;

a. Menyediakan maklumat dan pelan yang berkaitan untuk kegunaan perancangan dan koordinasi pembangunan infrastruktur dan utiliti serta pengangkutan/sistem trafik di kawasan perbandaran.

b. Memberikan ulasan teknikal bagi permohonan kebenaran merancang pendirian bangunan, pindaan pendirian bangunan, kemudahan infrastruktur dan utiliti bagi kawasan perbandaran.

c. Menyediakan pelan dan laporan lawatan tapak bagi permohonan membina struktur menara telekomunikasi dan permohonan cadangan untuk memasang struktur telekomunikasi atas bangunan oleh pihak penyedia perkhidmatan telekomunikasi dan menyediakan pelan bagi pegawai kawasan.

d. Bertanggungjawab terhadap penyelarasan bajet berhubung dengan pengurusan projek, promosi pemasaran hartanah, pembangunan dan bajet mengurus. Pembangunan pangkalan data GIS untuk data-data perancangan serta pengumpulan maklumat-maklumat kemajuan perancangan dan pembangunan bandar.

Semoga perkongsian ini tentang gaji, kelayakan dan tugas Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa membantu mereka yang ingin bekerja kakitangan kerajaan. Selamat maju jaya.

Sumber : SPA

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.