Header Ads

Jawatan Kosong Majlis Daerah Tampin 2019

Jawatan Kosong Majlis Daerah Tampin 2019. Peluang buat mereka yang berkelayakan dan berminat untuk memohon jawatan kosong di sektor perkhidmatan awam. Untuk makluman, permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong Majlis Daerah Tampin tahun 2019. Permohonan jawatan kosong ini boleh dibuat dengan dapatkan Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati di Pejabat Majlis Daerah Tampin . Tarikh tutup permohonan pada 29 November 2019.

Jawatan Kosong Majlis Daerah Tampin 2019

Jawatan Kosong Majlis Daerah Tampin 2019 


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada rakyat Negeri Sembilan Darul Khusus yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk mengisi jawatan berikut :

Jawatan :
1. PEMBANTU AKAUNTAN
2. PEMBANTU PENGUATKUASA
3. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)
4. PENGHANTAR NOTIS
5. PEMBANTU OPERASI
6. PENGAWAL KESELAMATAN
7. PEMBANTU AWAM
Kekosongan Baru 2019
Lokasi Kekosongan : Negeri Sembilan
Sektor : Kerajaan
Tarikh Tutup Permohonan : 19 November 2019

Cara Permohonan Jawatan Kosong Majlis Daerah Tampin 2019 


1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang boleh
didapati di Pejabat Majlis Daerah Tampin (Jabatan Khidmat Pengurusan,
Bahagian Pentadbiran Dan Perkhidmatan)

2. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan bersama-sama dengan
(i) Salinan MyKad;
(ii) Salinan Sijil lahir
(iii) Gambar berukuran pasport (diletakkan di muka hadapan borang);
(iv) Salinan sijil-sijil keputusan bagi kelayakan yang disyaratkan
(v) Semua salinan PERLU disahkan oleh pegawai Kerajaan Kumpulan
Pengurusan dan Profesional/ Pengerusi MPKK/ Penghulu/ Pesuruhjaya
Sumpah/ Ahli Parlimen/ Ahli Dewan Undangan Negeri yang mempunyai cop
rasmi jawatan.
(vi) Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan
atau Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah
disertakan dengan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan dan Salinan
Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini.
(vii) Kepada mereka yang aktif dalam bidang sukan digalakkan memohon.
(viii)Setiap pemohon WAJIB hadir dan menjalani semua ujian serta LULUS ujian
yang ditetapkan sebelum boleh disenarai pendek bagi menghadiri
temuduga.

3. Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK:
(i) tidak disertakan dokumen yang diperlukan.
(ii) tidak lengkap atau tidak terang.
(iii) tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam iklan.
(iv) tidak ditandatangani.
(v) tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai yang sedang
berkhidmat.
(vi) permohonan yang diterima selepas tarikh tutup

4. Alamat Permohonan
YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH TAMPIN,
73000 TAMPIN,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.

Catatan Am:
(a) Hanya calon yang berkelayakan selepas tapisan/ senarau pendek sahaja akan dipannggil untuk ujian fizikal dan/ atau temuduga;
(b) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam
(6) bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya. Tiada makluman bersurat akan dikeluarkan oleh Majlis Daerah Tampin;
(c) Pentadbiran Majlis Daerah Tampin tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temuduga/ ujian fizikal dan segala keputusan yang dibuat berkaitan dengan urusan ini adalah muktamad.

Semoga anda berjaya mengisi kekosongan jawatan di Majlis Daerah Tampin tahun 2019.

Sumber :

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.