Header Ads

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Ampang Jaya 2020 (MPAJ)

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Ampang Jaya 2020. Peluang buat mereka yang berkelayakan dan berminat untuk memohon jawatan kosong di sektor perkhidmatan awam. Untuk makluman daripada portal Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mempelawa kepada calon yang berkomited dan berminat membuat permohonan jawatan kosong Majlis Perbandaran Ampang Jaya tahun 2020. Permohonan jawatan kosong ini boleh dibuat dengan memuat turun borang di laman web www.mpaj.gov.my. Tarikh tutup permohonan adalah pada 11 November 2019.

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Ampang Jaya 2019

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Ampang Jaya 2020 


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak
kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. Keutamaan kepada rakyat Negeri Selangor yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:

Jawatan : PENOLONG JURUUKUR BAHAN JA29
Kekosongan Baru
Lokasi Kekosongan : Selangor
Sektor : Kerajaan
Tarikh Tutup : 11 November 2019

Cara Permohonan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Ampang Jaya Online 


Berikut adalah panduan permohonan jawatan kosong di Majlis Perbandaran Ampang Jaya tahun 2020 seperti di bawah :

a) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang MPAJ 1 (Percuma) yang boleh didapati dari Kaunter Khidmat Pelanggan atau muat turun borang melalui laman web Majlis Perbandaran Ampang Jaya iaitu www.mpaj.gov.my

b) Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar beserta dengan:
i. Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;
ii. Salinan Sijil-sijil Persekolahan termasuk Sijil Berhenti Sekolah;
iii. Salinan Kelulusan Akademik (sila lampirkan bersama surat pengesahan pengiktirafan kelayakan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi sijil/diploma/ijazah dari IPTS dan luar negara - (jika berkenaan);
iv. Transkrip keputusan peperiksaan semua semester (jika yang berkenaan);
v. Sekeping gambar ukuran passport (warna); dan
vi. Nama jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan dipenjuru atas kiri sampul surat permohonan.

c) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am Bab ‘A’ 21 (Disertakan bersama rekod perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan LNPT yang terkini).

d) Calon-calon yang terpilih akan menjalani Ujian Kecerdasan (IQ Test) dan Ujian Kecergasan (Fitness) sebelum layak dipanggil untuk sesi temuduga.

e) Semua permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
KAUNTER KHIDMAT PELANGGAN ARAS 4
MENARA MPAJ
JALAN PANDAN UTAMA
PANDAN INDAH
55100 KUALA LUMPUR
(U.P: BAH. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA)

Sebarang pertanyaan atau kesulitan sila hubungi talian 03-4285 7040/7037.

Semoga anda berjaya mengisi kekosongan jawatan di Majlis Perbandaran Ampang Jaya tahun 2020.

Sumber : mpaj

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.