Header Ads

Permohonan Skim Jaminan Kredit Perumahan 2020 (SJKP)

Permohonan Skim Jaminan Kredit Perumahan 2020 (SJKP). Anda mahu memiliki rumah idaman sendiri? Panduan buat anda yang ingin membeli rumah tetapi tiada penyata pendapatan bulanan dan gaji bersih RM1,000 sebulan. Untuk makluman, sebenarnya anda mampu membeli rumah pertama berharga RM300,000 ke bawah melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP). Bank Muamalat telah melancarkan skim Smart Mortgage-SJKP dengan peruntukkan sebanyak RM70 juta kepada pelanggan yang akan menikmati pembiayaan 100% harga belian.

Permohonan Skim Jaminan Kredit Perumahan 2020 (SJKP)

Permohonan Skim Jaminan Kredit Perumahan 2020 (SJKP)


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Skim Jaminan Kredit Perumahan 2020 termasuk memaparkan syarat kelayakan dan cara permohonan :


Syarat Kelayakan Skim Jaminan Kredit Perumahan 


1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.

2. Pembelian kali pertama rumah kediaman kos rendah / sederhana / mampu milik

3. Berpendapatan tidak tetap seperti peniaga kecil, petani, pemandu teksi, nelayan dll atau berpendapatan tetap (tertakluk kepada RM200 juta yang pertama sahaja).

4. Pinjaman bersama dibenarkan.

5. Pendapatan purata kasar minima RM1,000 sebulan.

6. Pembelian rumah kediaman baru/dalam pembinaan atau sedia ada atau lelongan.

7. Pembayaran bulanan kesemua pinjaman < 65% daripada pendapatan kasar.

8. Hanya sah untuk pembelian rumah kos rendah/sederhana/mampu biaya, sama ada sedang dibina atau telah siap, rumah sedia ada daripada penjual atau lelongan.

9. Rekod tunggakan CCRIS < 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini.

10. Tiada rekod-rekod negatif lain bagi tempoh 24 bulan terkini.

Permohonan Skim Jaminan Kredit Perumahan 2020 (SJKP)

Permohonan Skim Jaminan Kredit Perumahan 2020 (SJKP)


Cara Permohonan Skim Perumahan SJKP


Secara umumnya, proses permohonan pembiayaan perumahan di bawah skim ini adalah seperti berikut:

1. Mengenalpasti rumah yang ingin dibeli dan mendapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli / resit bayaran tempahan.

2. Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan (Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih). Surat itu hendaklah menyatakan nama, nombor kad pengenalan, sumber pendapatan, purata pendapatan bulanan, tempat perniagaan dan tempoh berniaga.

3. Sila dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami dan isteri mempunyai sumber pendapatan berasingan. Untuk kakitangan bergaji, sila bawakan penyata gaji dan penyata EPF.

4. Menyediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti penyata akaun simpanan, Lesen Perniagaan, Kad Pendaftaran Nelayan atau rumah geran tanah (untuk aktiviti pertanian) atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual beli.

5. Sila bawa semua dokumen yang dinyatakan dan mohonlah pembiayaan perumahan dimana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang terdekat yang menyertai skim jaminan ini.

Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang  Skim Jaminan Kredit Perumahan, sila hubungi di talian No. Telefon 03-2096 5000 atau ke laman web http://www.sjkp.com.my.

BACA JUGA : Permohonan Perumahan Penjawat Awam

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.