Header Ads

Cara Susun Sijil Untuk Temuduga SPA 2023

Cara Susun Sijil Untuk Temuduga SPA 2023. Bagaimana contoh susunan fail temuduga SPA? Temuduga adalah proses yang penting bagi menjamin anda untuk mendapat tempat dalam jawatan yang dipohon. Jangan sesekali anda memandang remeh terhadap temuduga yang bakal anda hadapi. Selain persiapan pakaian dan kemahiran komunikasi yang perlu anda perbaiki, persediaan dokumen untuk di temuduga juga antara aspek yang penting dan perlu dititikberatkan oleh calon. Justeru itu, disini kongsikan tatacara penyediaan dokumen-dokumen yang diperlukan dan betul untuk temuduga kerajaan.

Cara Susun Sijil Untuk Temuduga SPA 2023

Cara Susun Sijil Untuk Temuduga SPA 2023


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang cara susun sijil untuk temuduga yang betul :

1. Resume bergambar

2. Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;

3. Sijil Kewarganegaraan Malaysia atau bukti-bukti lain yang mengesahkan Kerakyatan Malaysia seperti Sijil Kewarganegaraan Ibu/Bapa; (jika berkenaan).

4. Sijil Kelulusan Persekolahan: SRP/ PMR/ PT3, SPM/ SPM(V)/ SVM/ SKM dan Sijil Tamat Persekolahan;

5. Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM; (jika berkenaan).

6. Ijazah Sarjana Muda/ Diploma dan transkrip/ Surat Pengesahan Kelulusan Tamat Pengajian yang diluluskan oleh Senat daripada pusat-pusat pengajian;

Info berkaitan : Cara Menulis Resume Kerja Kerajaan 

7. Lesen Memandu Kelas B2/D/E/E1/E2/F/G/H/I; (jika berkenaan)

8. Surat tawaran biasiswa bagi pemegang biasiswa JPA; (jika berkenaan).

9. Sijil-sijil lain yang berkaitan dengan jawatan seperti Sijil Pendaftaran Penuh dengan Lembaga Ikhtisas atau kelulusan-kelulusan lain; (jika berkenaan).

10. Sijil kegiatan luar; (Dokumen Asal sahaja)

11. Sijil Pendaftaran Calon Kurang Upaya/ Surat pengesahan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Malaysia/ Program Kesejahteraan Rakyat; (jika berkenaan).

12. Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan, Laporan Penilaian Prestasi Terkini, Surat Perakuan Ketua Jabatan (seperti di pautan http://www.spa.gov.my/web/guest/pegawaisedangberkhidmat) dan slip gaji terakhir untuk pegawai sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam sahaja.

13. Salinan Pengakuan Perkhidmatan Anggota (BAT D 92B) dan Kenyataan Perkhidmatan (BAT.D.132/KEW 14) yang disahkan oleh Jabatan Arah Rekod dan Pencen Angkatan Tentera Malaysia (bagi calon Bekas Anggota Tentera Malaysia sahaja).

Nota :
i. Anda dikehendaki membawa dokumen-dokumen asal dan salinan fotostat.
ii. Kegagalan mengemukakan dokumen seperti yang dikehendaki serta mengemukakan maklumat palsu akan menjejaskan pertimbangan untuk lantikan. 'Resume' dan salinan fotostat dokumen yang diserahkan tidak akan dikembalikan dan menjadi hak milik Suruhanjaya.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web SPA http://www.spa.gov.my.

Nak Dapatkan Rujukan Lengkap Temuduga Kerja Kerajaan 


Kini, Tim Infokerjaya ada menerbitkan satu rujukan lengkap untuk temuduga kerja kerajaan sebagai persiapan buat calon. Rujukan ini dilengkapi dengan tips-tips, cara menulis resume dan contoh soalan temuduga. 

Nak dapatkan rujukan ini sila klik pautan di bawah ini :

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.