Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Kurator Gred S41

Gaji, Kelayakan & Tugas Kurator Gred S41. Berminat bekerja menjadi penjawat awam? Jom mohon kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Bagi anda yang berkelayakan boleh memohon jawatan kosong Kurator yang boleh dibuat secara online di laman web rasmi SPA. Sebelum itu, ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Kurator Gred S41.

Gaji, Kelayakan & Tugas Kurator Gred S41

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Kurator Gred S41 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan di Jabatan Muzium Malaysia, Balai Seni Lukis Negara, Arkib Negara Malaysia, Jabatan Warisan Negara, Muzium Negeri dan agensi-agensi kerajaan. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Kurator Gred S41 bagi permohonan kerja lepasan Ijazah Sarjana Muda menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Kurator Gred S41


Berikut dikongsikan adalah informasi tentang Kurator Gred S41 mengenai senarai gaji, syarat kelayakan dan deksripsi tugas ;

Gaji Kurator Gred S41 


Gaji Kurator Gred S41 sekitar RM2,078.00 sehingga RM9,544.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan Kurator Gred S41 pula berjumlah RM225.00.

Syarat Kelayakan Kurator Gred S41


● Warganegara Malaysia.
● Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
● Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sosiologi, antrapologi, sejarah, kaji purba, zoologi, sastera, seni lukis, seni reka, seni halus, seni bina, permuziuman, konverservasi atau dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86); atau
● Ijazah sarjana dalam bidang permuziuman yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,588.49)

Jawatan Kurator Gred S41 boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

>> Artikel berkaitan : Semakan Status SPA8i Melalui SMS 

Deskripsi Tugas Kurator Gred S41


Berikut adalah tugas-tugas Kurator Gred S41 seperti di bawah :

a. Merancang dan mengetuai penyelidikan muzium dan menjalankan kerja-kerja penyelidikan warisan sejarah, budaya, alam kemanusiaan, alam semula jadi dan perkara-perkara yang berkaitan.

b. Merancang dan mengumpul koleksi untuk dipamerkan dan menyediakan 'write up', 'caption', label dan sebagainya yang berkaitan dengan pameran.

c. Merancang pengurusan sumber manusia jabatan dan menyelaras aktiviti-aktiviti latihan/kursus di peringkat jabatan dan luar negara.

d. Mendokumentasi dan mengkatalog koleksi muzium secara sistematik, menyimpan data-data hasil penyelidikan dengan teratur sebagai bahan rujukan.
Mengetuai dan menjalankan kerja-kerja pemulihan tanah, tapak tanah, monumen bersejarah dan seumpamanya.

e. Menyelaras dan mengetuai kerja-kerja cari gali.

Sumber : SPA

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.