Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J41

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J41. Berminat bekerja menjadi penjawat awam? Jom mohon kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Bagi anda yang berkelayakan boleh memohon jawatan kosong Pegawai Perancang Bandar dan Desa yang boleh dibuat secara online di laman web rasmi SPA. Sebelum itu, ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J41.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J41

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J41 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan/ Jabatan Perancang Bandar dan Desa. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J41 bagi permohonan kerja lepasan Ijazah Sarjana Muda menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J41


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang tentang Pegawai Perancang Bandar dan Desa mengenai senarai gaji, syarat kelayakan dan deksripsi tugas ;

Gaji Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J41


Gaji Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J41 sekitar RM2,529.00 sehingga RM9,643.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J41 pula berjumlah RM225.00.

Syarat Kelayakan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J41


● Warganegara Malaysia.
● Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
● Ijazah Sarjana Muda Perancang Bandar dan Wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred J41 : RM2,529.00); atau
● Ijazah sarjana muda kepujian dalam geografi, ekonomi, sains sosial, antropologi atau perangkaan yang diiktiraf oleh Kerajaan serta ijazah sarjana atau diploma lepasan ijazah dalam bidang perancangan bandar atau bidang-bidang lain berkaitan yang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan  yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred J41 : RM2,529.00); atau
 ● Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam serta ijazah sarjana atau diploma lepasan ijazah dalam bidang perancangan bandar atau bidang-bidang lain berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan  yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred J41 : RM2,736.28); atau
● Ijazah Sarjana Muda Seni Bina serta ijazah sarjana atau diploma lepas ijazah dalam bidang perancangan bandar atau bidang-bidang lain berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan  yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred J41 : RM2,943.84)

Jawatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J41 boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

>> Artikel berkaitan : Semakan Status SPA8i Melalui SMS 

Deskripsi Tugas Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J41


Berikut adalah tugas-tugas Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J41 seperti di bawah :

Merancang, menyedia, menyelia dan menyelaras kajian rancangan pembangunan dan pelan-pelan pembangunan serta membuat laporan teknikal dan memberi nasihat perancangan termasuk pelan tata-atur.

Sumber : SPA

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.