Header Ads

Login eOperasi 2020 Modul Pengurusan Guru Online

Login eOperasi 2020 Modul Pengurusan Guru Online. Apa itu e-Operasi? e-Operasi merupakan salah satu modul bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Pengurusan Guru. Modul ini dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM dan diseliakan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM. Sistem online ini hampir sama dengan aplikasi APDM tetapi modul ini melibatkan pengurusan data berkaitan guru dan bukan guru yang melibatkan
beberapa kategori pengguna iaitu pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, dan Sekolah), dan pengguna (guru dan bukan guru).

Login eOperasi 2020 Modul Pengurusan Guru Online

Login eOperasi 2020 Modul Pengurusan Guru Online 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang eOperasi termasuk memaparkan cara login :

A. PENDAFTARAN PENGGUNA

1. Untuk pendaftaran pertama kali, pengguna perlu layari ke laman web https://eoperasi.moe.gov.my.

Login eOperasi 2020 Modul Pengurusan Guru Online

2. Pengguna perlu mengisi ruangan ini dengan teliti supaya tiada masalah ketika log masuk ke sistem. Pastikan semua, butiran adalah betul dan tepat terutama Nama, No. KP, No. Gaji, dan Emel. Kata laluan, soalan keselamatan dan jawapan
perlu diingat oleh pengguna kerana medan ini diperlukan jika hendak menukar kata laluan.

Login eOperasi 2020 Modul Pengurusan Guru Online

3. Klik butang SIMPAN untuk proses pendaftaran. Pengguna boleh terus ke ruangan LOG MASUK untuk menggunakan sistem dan butiran pendaftaran dihantar ke alamat emel yang telah diisi.

B. LOG MASUK

1. Setelah membuat pendaftaran, pengguna boleh log masuk ke sistem dari LAMAN UTAMA dengan memasukkan butiran ID, Kata Laluan dan No. KP. Sekiranya maklumat yang dimasukkan tidak tepat, paparan MAKLUMAT LALUAN MASUK SALAH akan dipaparkan. Pengguna perlu memastikan butiran adalah tepat seperti didaftarkan.

C. LOG MASUK MENGIKUT PERANAN

i) Bagi Pengguna

Setelah berjaya log masuk, terdapat paparan bagi nama dan no kp. Senarai
menu disediakan di sebelah kiri. Pautan Muat Turun Manual Pengguna juga disediakan bagi memudahkan pengguna. Sekiranya terdapat maklumat tidak tepat, pengguna perlu memaklumkan kepada PK1/PK2/PK3 untuk dikemaskini.

Login eOperasi 2020 Modul Pengurusan Guru Online

ii) Pentadbir Sistem

Setelah berjaya log masuk, terdapat, paparan bagi nama dan no kp. Beberapa menu disediakan di bahagian kiri untuk dipilih mengikut peranan. Pautan Muat Turun Manual Pengguna juga disediakan bagi memudahkan pengguna.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.