Header Ads

Pendaftaran Program e-Tunai Rakyat 2020 (Cara Tebus)

Pendaftaran Program e-Tunai Rakyat 2020 (Cara Tebus). Bagaimana cara tebus e-Tunai Rakyat? Berita baik buat rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan yang berpendapatan tahunan kurang daripada RM100,000 dimana kerajaan ada memperuntukkan RM30 melalui inisiatif e-Tunai Rakyat. Untuk makluman menerusi Belanjawan Malaysia 2020, kerajaan Pakatan Harapan mengumumkan satu program baharu iaitu e-Tunai Rakyat bernilai RM30 kredit yang akan diberikan dalam e-wallet. Bagi anda yang berkelayakan boleh buat pendaftaran dan tebus RM30 kredit bermula daripada 15 Januari sehingga tarikh tamat pada 14 Mac 2020.

Pendaftaran Program e-Tunai Rakyat 2020 (Cara Tebus)

Antara e-Wallet yang menyertai dalam eTunai Rakyat adalah Touch n'Go, Boost dan Grabpay. Tujuan kerajaan memperkenalkan inisiatif e-Tunai Rakyat untuk menggalakkan penggunaan e-dompet (eWallet) dan pembayaran digital dalam kalangan pengguna dan pedagang tempatan, terutamanya perusahaan kecil dan perniagaan runcit.

Pendaftaran Program e-Tunai Rakyat 2020 (Cara Tebus)


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Program e-Tunai Rakyat 2020 termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan, cara pendaftaran serta penebusan :

Syarat Kelayakan Program e-Tunai Rakyat 2020


1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur 18 tahun dan ke atas bermula tahun 2020.
3. Pendapatan tahunan kurang dari RM100,000.

Cara Pendaftaran e-Tunai Rakyat RM30


1. Klik “Buka Akaun” di laman log masuk.

2. Masukkan nombor telefon dan juga OTP yang dihantar kepada anda.

3. Tetapkan PIN 6-digit dan soalan keselamatan anda.

4. Masukkan maklumat peribadi anda dan anda sudah sedia untuk gunakan.

Cara Tebus eTunai Rakyat 


Antara beberapa cara penebusan atau claim eTunai Rakyat yang boleh dibuat seperti berikut :

A. Guna Touch 'N Go eWallet

1. Pertama kali, muat turun (download) aplikasi Touch 'N Go eWallet.
2. Daftar dan masukkan maklumat yang diperlukan.
3. Sahkan atau verify akaun anda dengan masukkan MyKad.
4. Claim e-kredit RM30 pada 15 Januari 2020.

B. Guna Boost

1. Pertama kali, muat turun (download) aplikasi Boost di Apps Store atau Google Play.
2. Daftar dan masukkan maklumat yang diperlukan.
3. Sahkan akaun anda dan upgrade ke akaun premium dengan masukkan MyKad
4. Dapatkan RM5 cashback jika anda belanja RM10 pertama.
5. Klik 'Get ready to claim e-Tunai' dan ikut arahan yang diberikan.
6. Claim e-kredit RM30 pada 15 Januari 2020.

C. Guna GrabPay

1. Pertama kali, anda perlu muat turun (download) aplikasi Grab.
2. Aktifkan GrabPay yang ada dalam aplikasi tersebut.
3. Masukkan nama dan nombor kad pengenalan anda.
4. Ambil gambar kad pengenalan dan klik butang 'Hantar'.
5. Anda akan menerima pengesahan dan boleh digunakan untuk penebusan e-kredit RM30.

Cara Bayaran e-Tunai Rakyat 


Kerajaan akan memberikan nilai RM30 secara sekaligus sahaja ke dalam e-Dompet individu tersebut. Anda boleh membeli sebarang produk dan perkhidmatan dalam negara yang ditawarkan dalam aplikasi e-Dompet yang berlibat. Hanya boleh digunakan sehingga 14 Mac 2020 dan kemudian luput.

Untuk maklumat lanjut tentang e-Tunai Rakyat, sila layari laman web Touch 'n Go e-Wallet (www.tngdigital.com.my), Boost (www.myboost.com.my), dan GrabPay (www.grab.com/my/pay/)

Semoga pemberian bantuan e-Tunai Rakyat ini sedikit sebanyak dapat membantu dan menambah pengetahuan rakyat Malaysia ke arah penggunaan dompet digital masa depan nanti.

Sumber

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.