Header Ads

Pengambilan Perajurit Muda TLDM 2020 Lepasan SPM/ Diploma Kejuruteraan

Pengambilan Perajurit Muda TLDM 2020 Lepasan SPM/ Diploma Kejuruteraan. Bilakah tarikh pengambilan Perajurit Muda TLDM baharu? Panduan buat lepasan SPM/SKM dan Diploma Kejuruteraan yyang berminat untuk menyertai Tentera Laut Diraja Malaysia sebagai Perajurit Muda. Untuk makluman, menerusi laman portal TLDM mempelawa kepada belia/beliawanis tanah air yang berkelayakan untuk membuat permohonan Perajurit Muda TLDM 2020 secara online di laman web TLDM. Pendaftaran boleh dibuat bermula daripada 9 Disember hingga 27 Disember 2019.

Pengambilan Perajurit Muda TLDM 2020 Lepasan SPM/ Diploma Kejuruteraan

Pengambilan Perajurit Muda TLDM 2020 Lepasan SPM/ Diploma Kejuruteraan 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Pengambilan Perajurit Muda TLDM termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan cara permohonan :

Tarikh Permohonan : 9 Disember - 27 Disember 2019 

Syarat Kelayakan Pengambilan Perajurit Muda TLDM 


Antara syarat-syarat pengambilan Perajurit Muda dalam Tentera Laut Diraja Malaysia adalah seperti berikut :

1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Kepujian di dalam matapelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan.

2. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

3. Warganegara Malaysia berumur di antara 18 hingga 25 tahun. Keutamaan kepada pemohon yang berumur 18 hingga 23 tahun pada tarikh 5 Mac 2018.

4. Taraf perkahwinan bujang.

5. Proses pemilihan adalah berdasarkan kepada kelayakan akademik, pemeriksaan dokumentasi dan pemeriksaan fizikal. Pemohon yang memiliki Sijil Kokurikulum PKBM, Sijil PLKN atau kecemerlangan dalam bidang sukan akan diberi keutamaan.

6. Penglihatan hendaklah terang dan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap serta tidak rabun warna.

7. Taraf kesihatan sihat tubuh badan, tidak cacat anggota, tidak pernah mengalami kecederaan teruk seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit asma, penyakit kronik yang lain dan tidak mempunyai penyakit keturunan. Diakui sihat dan tidak cacat anggota oleh Pegawai Peruhatan Kerajaan termasuk pemeriksaan x-ray serta disahkan oleh Pegawai Perubatan Angkatan Tentera Malaysia.

8. Calon wajib mempunyai alamat email persendirian (gmail/hotmail/yahoo dan lain-lain).

9. Syarat minimum ukuran fizikal. Berat badan minima 47.5kg (lelaki) dan 40.5 (wanita), tinggi sekurang-kurangnya 1.62cm (lelaki) 1.60cm (wanita), Body Mass Index di antara 18-25 (lelaki) 18-23 (wanita). Ukuran badan minima bagi lelaki adalah 76sm.



Cara Permohonan Perajurit Muda TLDM 2019 


1. Pemohon yang berminat perlu menghantar maklumat seperti berikut :

Taip DAFTAR <jarak> NAMA PENUH <jarak> NO MYKAD <jarak> Emel dan hantar melalui Aplikasi Whatsapp ke 019- 2104163 atau pengambilantldm@navy.mil.my

Contoh : Rosli bin Ismail 011212-01-1234 rosli_ismail@gmail.com

2. Pemohon akan menerima borang permohonan melalui aplikasi emel.

3. Tempoh untuk mengisi borang permohonan adalah dalam masa tiga hari.

4. Kemaskini maklumat yang terdapat di dalam borang permohonan.

5. Pemohon yang berjaya akan menerima mesej melalui SMS dan Emel dalam tempoh lima hari bekerja.

6. Pemohon perlu melapor diri ke Pusat Pemilihan mengikut lokasi yang dipilih.

Pengambilan Perajurit Muda TLDM 2020 Lepasan SPM/ Diploma Kejuruteraan

Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut boleh terus hubungi 03- 20713303/ 3177.

BACA JUGA :


  1. Jadual Gaji Tentera Laut Diraja Malaysia
  2. Jadual Pemilihan Tentera Laut Diraja Malaysia 2020

Semoga anda berjaya mendapat tawaran sebagai Perajurit Muda dalam Tentera Laut Diraja Malaysia. 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.