Header Ads

Permohonan Bantuan JKM 2020 Online

Permohonan Bantuan JKM 2020 Online. Anda ingin membuat permohonan bantuan kerajaan? Panduan buat anda yang ingin membuat permohonan Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia bagi tahun 2020. Untuk makluman, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ada menawarkan bantuan kepada yang berkelayakan terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah (B40). Pemohon boleh memohon Bantuan JKM 2020 secara online di laman web rasmi JKM.

Permohonan Bantuan JKM 2020 Online

Jabatan Kebajikan Masyarakat atau ringkasnya JKM ditubuhkan pada tahun 1946 bertujuan untuk menjaga kebajikan masyarakat dan memberi perkhidmatan dalam isu-isu sosial serta pembangunan masyarakat. Kumpulan sasar yang menjadi keutamaan Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah kanak-kanak, orang kurang upaya (OKU), warga emas, fakir miskin dan mangsa bencana.

Permohonan Bantuan JKM 2020 Online 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat termasuk memaparkan syarat kelayakan, aplikasi permohonan beserta dokumen diperlukan :

Syarat Kelayakan Memohon Bantuan Kebajikan


Sebelum membuat permohonan, anda perlu memenuhi kriteria dan kadar pemberian bantuan kebajikan berdasarkan kepada setiap jenis bantuan berikut:

1.Bantuan Kanak-Kanak (BKK);
2.Elaun Pekerja Cacat (EPC);
3.Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB);
4.Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT);
5.Bantuan Orang Tua (BOT);
6.Bantuan Am Persekutuan (BA);
7.Bantuan Anak Pelihara (BAP);
8.Bantuan Latihan Perantis (BLP);
9.Bantuan Geran Pelancaran (GP);
10.Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT);
11.Tabung Bantuan Segera (TBS).

Cara Permohonan Bantuan JKM Online


1. Untuk permohonan boleh dibuat secara online di laman web JKM http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp

2. Kemudian, klik pada butang 'DAFTAR PERMOHONAN'. Pilih 'NEGERI' dan masukkan Nombor Kad Pengenalan anda. 

3. Klik 'DAFTAR'. Lengkapkan borang permohonan anda sehingga selesai.

4. Setelah borang permohonan diisi dengan lengkap, anda perlu sertakan borang bersama dokumen-dokumen seperti berikut:

i) Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
ii) Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
iii) Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)
iv) Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
v) Salah satu Bil Utiliti (air/ elektik/ telefon/ astro)
vi) Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/ kronik/ alat tiruan)

Nota : Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari  permohonan dibuat diatas talian.

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi di:

Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia
Aras 6, 9 - 18
No 55, Persiaran Perdana
Presint 4,
62100 Putrajaya

Telefon: 03- 8000 8000
Faks: 03- 8323 2045
E-mel: helpdesk.ebantuan@jkm.gov.my

BACA JUGA : Semakan Status Permohonan JKM

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.