Header Ads

Permohonan Peperiksaan Perkhidmatan Awam 2020 Online

Permohonan Peperiksaan Perkhidmatan Awam 2020 Online. Bilakah tarikh peperiksaan Perkhidmatan Awam 2020? Perhatian buat penjawat awam yang ingin menduduki peperiksaan Perkhidmatan Awam tahun 2020. Untuk makluman, kini anda boleh memohon Peperiksaan Perkhidmatan Awam secara online menerusi laman web rasmi JPA. Terdapat pelbagai jenis peperiksaan Perkhidmatan Awam antaranya iaitu peperiksaan untuk kenaikan pangkat, pengesahan dalam perkhidmatan, peningkatan secara lantikan, faedah kewangan dan BM Khas. Permohonan peperiksaan Perkhidmatan Awam akan dibuka dua (2) kali setahun.

Permohonan Peperiksaan Perkhidmatan Awam 2020 Online

Permohonan Peperiksaan Perkhidmatan Awam 2020 Online


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Peperiksaan Perkhidmatan Awam termasuk memaparkan syarat kelayakan, cara dan semakan permohonan :

Syarat Kelayakan Peperiksaan Perkhidmatan Awam


Antara syarat-syarat kelayakan Peperiksaan Perkhidmatan Awam adalah seperti berikut :

1. Pastikan anda merujuk Jadual Peperiksaan Perkhidmatan Awam yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Perkhidmatan Awam bagi tahun yang berkenaan atau melalui laman web JPA untuk mengetahui butir-butir peperiksaan sebelum mengisi borang.

2. Pemohon yang mengisi borang secara online hanyalah mereka yang benar-benar ingin menduduki peperiksaan.

3. Pastikan maklumat yang benar sahaja diisi dalam borang.

4. Sila ambil perhatian bahawa permohonan baru yang dihantar sebelum tarikh tutup peperiksaan akan membatalkan permohonan tuan/ puan yang terdahulu.

Cara Permohonan Peperiksaan Perkhidmatan Awam Online


1. Sila pilih menu Borang untuk membuat permohonan peperiksaan.

2. Skrin borang akan dipaparkan. Hanya peperiksaan yang belum ditutup  permohonannya sahaja akan dipaparkan di skrin. Klik butang Hantar untuk ke skrin seterusnya.

3. Masukkan maklumat yang diperlukan  dan sistem akan semak perkara-perkara tersebut.

4. Bagi sesuatu jenis peperiksaan, anda dibenarkan memohon LEBIH daripada SATU (1) bahagian.

5. Pilih bandar dimana peperiksaan akan diambil. Bagi calon luar negeri, pilih negara tempat anda sedang berkhidmat dari senarai yang diberikan.
6. Setelah kesemua maklumat disemak dan
telah didapati lengkap, klik butang Hantar.

7. Slip jawapan penerimaan permohonan akan dipaparkan kepada pemohon selepas borang dihantar melalui WEB. Slip ini perlu dicetak bagi tujuan bukti  permohonan.

Semakan Status Permohonan Peperiksaan Perkhidmatan Awam


1. Untuk semakan status permohonan, sila layari ke laman web https://www.kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan/semak/

2. Masukkan No. Kad Pengenalan Baru anda dan klik pada butang 'Hantar'.

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan peperiksaan perkhidmatan awam, sila hubungi :

Sektor Penilaian Kompetensi
Bahagian Perkhidmatan
Jabatan Perkhidmatan Awam
Aras 7, Blok 1, Menara Seri Wilayah
Presint 2, 62100 Putrajaya.
No. Tel. : 03-8000 8000 (1MOCC)
No. Faks. : 03-8324 2577
E-mel : peperiksaan@jpa.gov.my

BACA JUGA : Jadual Peperiksaan Perkhidmatan Awam 2020 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.