Header Ads

Permohonan Pinjaman Perumahan Kerajaan 2020 Online (Borang LPPSA)

Permohonan Pinjaman Perumahan Kerajaan 2020 Online (Borang LPPSA). Anda penjawat awam tapi tidak tahu cara nak beli rumah? Panduan buat anda yang ingin membeli rumah dimana Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) menyediakan bantuan khas buat penjawat awam yang ingin membeli rumah. Selain, pinjaman perumahan ini anda juga boleh membuat permohonan Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM). Seperti anda ketahui, kakitangan awam mempunyai banyak kelebihan antaranya iaitu pinjaman perumahan.

Permohonan Pinjaman Perumahan Kerajaan 2020 Online (Borang LPPSA)

Permohonan Pinjaman Perumahan Kerajaan 2020 Pembiayaan LPPSA Online


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA termasuk memaparkan syarat kelayakan, tarikh dan aplikasi permohonan :

Syarat Kelayakan Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA 


Antara syarat-syarat permohonan pembiayaan LPPSA adalah seperti berikut :

1. Kakitangan Kerajaan berjawatan tetap.
2. Warganegara Malaysia.
3. Borang permohonan dikemukakan 1 tahun sebelum bersara (bagi penjawat awam Skim Berpencen) dan 5 tahun sebelum tamat perkhidmatan (bagi penjawat awam Skim KWSP).
4. Berkhidmat sekurang-kurangnya 1 tahun.
5. Telah disahkan dalam jawatan.
6. Bukan seorang muflis @ si berhutang hukuman @ pemakan gaji tidak berkemampuan @ sedang dalam tindakan tatatertib.
7. Perjanjian jual beli atau perjanjian pembinaan rumah perlu penyaksian peguam.
8. Pinjaman bersama suami dan isteri, Pinjaman ambil alih antara suami dan isteri dan Pinjaman dua nama di dalam perjanjian jual beli mestilah disertakan dengan salinan Sijil Nikah atau Pendaftaran Perkahwinan yang diakui sah oleh Ketua Jabatan.

Cara Permohonan Pembiayaan LPPSA 2020 Online 


LOG MASUK KE PORTAL

1. Pengguna yang sedia ada perlu layari ke laman sesawang untuk memasuki ke Portal Permohonan Pembiayaan LPPSA.
2. Sila pastikan untuk menggunakan pelayar web Google Chrome versi terkini untuk memasuki sistem Portal Permohonan Pembiayaan LPPSA.
3. Masukkan ID Pengguna di medan ID Pengguna dan kata laluan di medan Kata Laluan.
4. Kemudian klik Log Masuk untuk mengakses sistem.

PENDAFTARAN ID BARU

1. Pengguna kali pertama Portal Permohonan Pembiayaan LPPSA
dikehendaki mendaftarkan ID Pengguna.
2. Klik pada butang ‘Daftar di sini’.
3. Semua maklumat yang bertanda * adalah wajib diisi.
4. Maklumat Pendaftaran ID Baru yang perlu dilengkapkan adalah seperti Nama, No. Kad Pengenalan, Tarikh Lahir, Nombor Telefon Bimbit, Emel Peribadi dan Kata Laluan.
5. Tandakan kotak Terma & Syarat dan seterusnya klik pada butang Daftar untuk langkah seterusnya.
6. Selepas mengisi butiran penting, pengguna perlu mengesahkan akaun
yang baru dibuat menggunakan e-mel dan SMS. E-mel akan dihantar ke e-mel peribadi yang dimasukkan semasa pendaftaran.
7. Sila klik pada pautan pengesahan dalam e-mel untuk melengkapkan pengesahan.
8. SMS akan dihantar ke nombor yang telah didaftarkan. Masukkan 6 digit pin yang diterima melalui SMS pada laman pengesahan SMS dan klik pada butang Teruskan.
9. Apabila pengesahan SMS telah berjaya, pengguna akan dibawa ke laman Kemaskini Butiran.

Sebarang pertanyaan tentang Pembiayaan LPPSA, sila hubungi di talian:

Pusat Panggilan Utama : 03 – 8880 1600
No.9, Kompleks Kementerian Kewangan
Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62592 Putrajaya

BACA JUGA : Semakan Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA 

Semoga anda berjaya mendapat pinjaman perumahan ini untuk pembelian rumah pertama.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.