Header Ads

Permohonan Skim Pinjaman Perumahan 2022 SPP (Borang)

Permohonan Skim Pinjaman Perumahan 2022 SPP (Golongan B40). Bagaimana cara memohon Skim Pinjaman Perumahan? Panduan buat rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah dan masih belum memiliki rumah sendiri. Untuk makluman, kerajaan ada memperkenalkan satu skim perumahan iaitu Skim Pinjaman Perumahan bagi golongan yang berpendapatan rendah dan belum mempunyai rumah. Bagi anda yang berkelayakan boleh memohon Skim Pinjaman Perumahan (SPP) dengan mengisi borang permohonan yang dimuat turun di laman web rasmi Jabatan Perumahan Negara.

Permohonan Skim Pinjaman Perumahan 2022 SPP (Golongan B40)

Skim Pinjaman Perumahan (SPP) diuruskan melalui akaun tabung amanah yang dikenali  sebagai Kumpulan Wang Amanah Pinjaman Perumahan Bagi Golongan Berpendapatan Rendah. Kumpulan Wang ini  telah diluluskan pada 17 Disember 1975 di bawah Akta Acara Kewangan 1957 (pindaan 1972) dan mula berkuatkuasa pada tahun 1976.

Permohonan Skim Pinjaman Perumahan 2022 SPP (Golongan B40) 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Skim Pinjaman Perumahan termasuk memaparkan syarat kelayakan, cara permohonan dan hubungi :

Syarat Kelayakan Skim Pinjaman Perumahan 


1. Syarat Kelayakan Permohonan

a. Pemohon dan pasangan adalah  warganegara Malaysia
b. Berumur 21 hingga 70 tahun
c. Bekerja dan mempunyai pendapatan
d. Bukan kakitangan Kerajaan atau pesara (termasuk pasangan)
e. Pemohon dan pasangan belum mempunyai rumah
f. Jumlah pendapatan kasar isi rumah di antara RM1,000 hingga RM3,000 sebulan
g. Memiliki tanah sendiri atau tanah milik  ahli keluarga terdekat
 
2. Syarat Pinjaman

a. Had Pinjaman Maksimum RM60,000  (tidak termasuk perlindungan insuran)
b. Tempoh maksimum bayaran balik  pinjaman 35 tahun atau sehingga umur 70 tahun.
c. Caj perkhidmatan 2% ke atas pinjaman.
d. Perlu mengambil perlindungan insuran yang disediakan oleh Panel Insuran, Jabatan Perumahan Negara ke atas rumah yang dibina
 
3. Syarat Pinjaman Generasi Kedua

a. Pilihan pinjaman 2 generasi bagi pemohon yang berumur 45 tahun hingga 70 tahun dengan syarat penama kedua berumur 21 hingga 35 tahun,  berpendapatan minimum RM1000.00 dan bukan kakitangan kerajaan.
b. Perlindungan insuran hanya untuk generasi kedua sahaja
c. Generasi ke-2 mestilah anak kandung kepada pemohon
 
4. Syarat Cagaran Tanah

a. Mencagar tanah milik peminjam atau tanah milik ahli keluarga terdekat dengan kebenaran bertulis pemilik tanah.
b. Nilai tanah (berdasarkan penilaian Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta) yang dicagar tidak kurang daripada jumlah pinjaman.
c. Bagi tanah milikan secara pajakan, perlu mematuhi syarat berikut;
d. Baki tempoh pajakan tanah yang dicagar sekurang-kurangnya 40 tahun.
e. Mendapat kebenaran mencagar tanah daripada Pihak Berkuasa Negeri
 
5. Syarat Pembinaan Rumah

a. Rumah kos rendah - keluasan lantai 700 - 1,000 kaki persegi, sekurang-kurangnya 3 bilik tidur dan 2 bilik air, ruang tamu dan dapur.
b. Diberi pilihan untuk menggunakan pelan yang disediakan oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN) SAHAJA.
c. Pemohon TIDAK boleh menggunakan  pelan sendiri
d. Mendapatkan kelulusan Pelan Bangunan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) jika diperlukan
e. Perlantikan kontraktor diuruskan oleh peminjam dan kontraktor tersebut:-
f. Kontraktor tempatan mengikut kawasan DUN;
g. Mempunyai Pendaftaran Syarikat atau Perakuan Pendaftaran CIDB yang masih sah;
h. Memiliki punca kewangan yang mencukupi dengan had minima kewangan adalah RM5,000
i. Memiliki pengkhususan kerja berkaitan bidang pembinaan

Cara Mohon Skim Pinjaman Perumahan Online


1. Borang permohonan adalah PERCUMA dan ianya tidak boleh dijual beli atau dibuat salinan. Pemohon perlu mengemukakan permohonan menggunakan BORANG YANG ASAL 
SAHAJA yang boleh didapati di Jabatan Perumahan Negara, Putrajaya; Pejabat Wakil Rakyat; Pejabat Daerah/ Tanah yang terdekat, atau memuat turun borang daripada portal JPN di pautan

2. Pemohon boleh mengemukakan permohonan dengan menghantar Borang Permohonan SPP secara terus kepada Jabatan Perumahan Negara seperti di alamat yang tertera di muka hadapan 
borang.

3. Pemohon perlu memilih Pelan Rumah dalam Borang ini dan dikemukakan kepada Syarikat Berdaftar/Kontraktor yang menawarkan kerja pembinaan bagi tujuan rundingan kos keseluruhan pembinaan rumah mengikut Pelan Rumah yang dipilih

4. Pemohon WAJIB mengemukakan Lampiran Dokumen-Dokumen Sokongan yang diperlukan berdasarkan SENARAI SEMAK PINJAMAN yang disediakan di muka belakang borang. Lampiran yang tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan tidak akan diproses. 

Sekiranya ada pertanyaan lanjut sila berhubung seperti berikut :

Layari ke laman web http://ehome.kpkt.gov.my/ atau berhubung dengan pegawai Bahagian Pembiayaan
Perumahan, Jabatan Perumahan Negara di talian 03-88914049 / 4007/ 4033/ 4032.

Semoga pemberian skim perumahan ini dapat memudahkan anda memiliki sebuah rumah idaman sendiri. 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.