Header Ads

Semakan Keputusan EGTukar 2020 Online (Pertukaran Guru)

Semakan Keputusan EGTukar 2020 Online (Pertukaran Guru). Bilakah tarikh semakan pertukaran guru sesi Jun 2020? Panduan buat anda yang telah membuat permohonan eGTukar Guru 2020. Untuk makluman, semakan keputusan eGTukar sesi Jun 2020 dijangka boleh dibuat secara online pada bulan Jun 2020 menerusi laman web rasmi KPM. Permohonan eGTukar Guru adalah bagi pertukaran guru KPM di seluruh Malaysia antara bahagian/negeri, antara daerah dan dalam daerah.

Semakan Keputusan EGTukar 2020 Online (Pertukaran Guru)

Semakan Keputusan EGTukar 2020 Online (Pertukaran Guru)


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang keputusan EGTukar Guru 2020 termasuk memaparkan tarikh dan aplikasi semakan :

Tarikh Semakan: akan dikemaskini


Cara Semakan Keputusan Pertukaran Guru 2020 EGTukar 


1. Semakan keputusan eGTukar Guru boleh dibuat secara online di laman web rasmi KPM https://epgo.moe.gov.my

2. Untuk semakan masukkan No. Kad Pengenalan anda di ruangan yang disediakan.

Nota :

a. Keputusan adalah muktamad. Tiada Rayuan dan pemohon dinasihatkan untuk membuat pemohonan baharu pada sesi pertukaran akan datang.

b. Kelulusan pertukaran adalah muktamad. Guru tidak boleh membatalkan kelulusan tersebut dan perlu segera melapor diri bertugas di sekolah baharu yang telah ditempatkan. Guru boleh dikenakan tindakan tatatertib kerana ingkar arahan pertukaran.

Soalan Lazim EGTukar


1. BERAPA LAMAKAH TEMPOH PERKHIDMATAN YANG MELAYAKKAN SESEORANG GURU ITU LULUS BERTUKAR?

Jawapan:
Kelulusan tidak tertakluk kepada tempoh berkhidmat secara mutlak. Ia bergantung kepada kepentingan perkhidmatan, kekosongan perjawatan dan keperluan opsyen di negeri khidmat semasa dan negeri yang dimohon.

2. ADAKAH PERTUKARAN SUKA SAMA SUKA BOLEH DILAKSANAKAN?

Jawapan:
Tiada pertukaran suka sama suka.

3. SEKIRANYA SAYA INGIN MEMBUAT PINDAAN PADA PERMOHONAN SAYA,
APAKAH YANG PERLU SAYA LAKUKAN?

Jawapan:
Pemohon perlu membatalkan permohonan asal dan membuat permohonan semula dengan pindaan yang ingin dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.

BACA JUGA : Login eOperasi Modul Pengurusan Guru

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.