Header Ads

Semakan Nombor Plat Terkini 2020 Setiap Negeri Online

Semakan Nombor Plat Terkini 2020 Setiap Negeri Online. Nak tahu cara semak nombor pendaftaran kenderaan dengan mudah? Panduan buat anda yang inginkan nombor plat kenderaan yang cantik ketika membeli kenderaan baharu. Untuk makluman, kini anda boleh membuat semakan nombor plat kenderaan secara online menerusi laman web rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Selain itu, anda juga boleh terus buat pembelian nombor plat kenderaan secara dalam talian. Terkini, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya telah menggunakan nombor plat kenderaan baru iaitu berhuruf V untuk Kuala Lumpur manakala Putrajaya berhuruf 'F' yang mula diperkenalkan pada tahun 2016.

Semakan Nombor Plat Terkini 2020 Setiap Negeri Online

Semakan Nombor Plat Terkini 2020 Setiap Negeri Online


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang semakan nombor pendaftaran kenderaan terkini tahun 2020 termasuk memaparkan aplikasi semakan :

Cara Semakan Nombor Pendaftaran Kenderaan Online 


1. Untuk semakan nombor plat kenderaan terkini sila layari ke pautan https://www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-nombor-pendaftaran-terkini

2. Kemudian klik butang kawasan atau negeri pilihan anda.


3. Masukkan kod sekuriti yang diberikan dan klik pada butang SEMAK.

4. Akan dipaparkan nombor plat kenderaan terkini yang boleh anda buat pilihan.

Info : Untuk beli nombor plat kenderaan boleh layari ke https://public.jpj.gov.my/.

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi di talian ;

Jabatan Pengangkutan Jalan

Aras 3-5, No. 26,
Jalan Tun Hussien, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62100 WP Putrajaya
Web: https://www.jpj.gov.my/

BACA JUGA : Semakan Saman Trafik PDRM JPJ Online 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.