Header Ads

Semakan Penyata KWSP 2020 Online (Daftar i-Akaun)

Semakan Penyata KWSP 2020 Online (Daftar i-Akaun). Tak tahu semakan penyata KWSP secara online? Panduan buat anda yang ingin membuat semakan penyata caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara atas talian menerusi i-Akaun. Untuk makluman, kini disediakan satu sistem semakan online iaitu i-Akuan untuk pengguna semak penyata KWSP dengan mudah dan cepat. Dengan adanya sistem i-Akaun, anda tidak perlu lagi hadir atau beratur panjang di kaunter Pejabat KWSP.

Semakan Penyata KWSP 2020 Online (Daftar i-Akaun)

Semakan Penyata KWSP 2020 Online (Daftar i-Akaun) 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang semak penyata KWSP termasuk memaparkan manfaat dan aplikasi online i-Akaun :

Manfaat/ Kemudahan i-Akaun KWSP


i. Menyemak penyata tahun semasa atau terkini
ii. Memohon e-Pengeluaran
iii. Menyemak status permohonan pengeluaran
iv. Menyemak transaksi caruman
v. Menyemak maklumat penamaan

Cara Semakan Penyata KWSP 2020 Online


1. Sebelum mengakses secara online di i-Akaun KWSP, anda perlu sahkan identiti dan kata laluan dan username sementara.

2. Untuk pengaktifan kod, anda hadir ke mana-mana kaunter KWSP, kiosk KWSP atau juga menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03 - 89226000.

3. Selepas dapat kod, anda boleh LOG IN https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login

4. Masukkan username dan username sementara.

5. Selepas itu, anda perlu mengisi borang permohonan dan klik butang NEXT.

6. Selesai. Anda boleh Log In semula untuk semak penyata KWSP.

7. Setelah Log In, anda boleh klik pada butang 'Penyata Tahun Semasa/ Tahun Sebelumnya' untuk semakan.

BACA JUGA : Kadar Dividen KWSP EPF 2019 

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03 - 8922 6000 atau mana-mana Pejabat KWSP.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.