Header Ads

Semakan Saman Trafik PDRM JPJ AES 2020 Online & SMS

Semakan Saman Trafik PDRM JPJ AES 2020 Online & SMS. Nak tahu cara semak saman trafik PDRM dan JPJ dengan mudah? Panduan buat anda yang ingin membuat semakan saman trafik PDRM, JPJ dan AES. Untuk makluman, kini semuanya dihujung jari dimana anda boleh menyemak saman trafik PDRM, JPJ dan AES secara online dan juga melalui perkhidmatan sistem pesanan ringkas (SMS). Kerajaan telah menyediakan beberapa aplikasi semakan online iaitu MYEG dan Rilek e-Services bagi memudahkan rakyat Malaysia semak saman mereka dengan cepat.

Semakan Saman Trafik PDRM JPJ AES 2020 Online & SMS

Semakan Saman Trafik PDRM JPJ AES 2020 Online & SMS


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang semakan saman trafik PDRM, JPJ dan AES termasuk memaparkan aplikasi semakan online dan melalui SMS :

Semakan Saman SSO Polis PDRM


1. Layari ke portal SSO Polis PDRM di https://sso.rmp.gov.my/
2. Sila buat pendaftaran dan kemudian LOG IN akaun anda. 
3. Masukkan nombor kad pengenalan dan nombor kenderaan anda. 
4. Kemudian, klik butang STATUS SAMAN. 

Semakan Saman MYEG


Dalam sistem MYEG anda boleh semak ketiga-tiga jenis saman iaitu PDRM, JPJ dan AES. 

1. Layari ke laman web MYEG secara online di https://www.myeg.com.my
2. Daftar dahulu buat pertama kali yang menggunakan sistem online MYEG.
3. Kemudian, LOG IN dengan menggunakan 'Nama Pengguna' dan 'Kata Laluan'.
4. Klik pada butang eServices di bahagian menu dan pilih jenis saman PDRM, JPJ dan AES. 

Semakan Saman Portal JPJ


Disediakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang dikhaskan kepada saman yang dikeluarkan oleh JPJ sahaja.

1. Layari ke laman web rasmi JPJ di http://www.jpj.gov.my/.
2. Klik pada semakan saman. 
3. Kemudian, pilih sama ada ingin memasukkan nombor ID sahaja atau nombor ID dan no. kenderaan.
4. Klik pada butang semak.

Semakan Saman Melalui Rilek e-Services


1. Layari ke laman web Rilek di https://www.rilek.com.my
2. Daftar sebagai pengguna baharu dan Log in akaun semula. 
3. Klik pada menu 'Search By'
dan pilih JPJ/ PDRM.
4. Isikan maklumat yang diminta dan klik pada butang semak. 

Semakan Saman Trafik PDRM & JPJ Melalui SMS


i. Semakan Saman PDRM

Taipkan:
POLIS<jarak>SAMAN<jarak>No. Kad Pengenalan atau No. Kenderaan dan Hantarkan SMS ke 15888 atau 32728

ii. Semakan Saman JPJ

Taipkan:
JPJ<jarak>SAMAN<jarak>No. Kad Pengenalan atau No. Kenderaan dan Hantarkan SMS ke 15888

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda untuk semak saman dengan cepat dan mudah. 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.