Header Ads

Semakan Skim i-Suri KWSP 2020 Bantuan Suri Rumah

Semakan Skim i-Suri KWSP 2020 Bantuan Suri Rumah. Berita baik buat golongan ibu yang suri rumah dimana kerajaan Pakatan Harapan meneruskan bantuan i-Suri untuk membantu kewangan mereka yang tidak bekerja. Untuk makluman, menerusi pembentangan Belanjawan Malaysia 2020 kerajaan akan memberi sumbangan kepada bersuri rumah sebanyak RM200 pada tahun 2018 dan RM480 pada setiap tahun seberikutnya. Bagi golongan suri rumah kini boleh memilih untuk mencarum di KWSP di bawah Insentif i-Suri. Pendaftaran i-Suri boleh dibuat di mana-mana kaunter KWSP di seluruh Malaysia.

Semakan Skim i-Suri KWSP 2020 Bantuan Suri Rumah

Semakan Skim i-Suri KWSP 2020 Bantuan Suri Rumah


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Caruman Sukarela KWSP i-Suri termasuk memaparkan syarat kelayakan, faedah dan cara pendaftaran :


Faedah i-Suri KWSP


a. Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM 200* pada tahun 2018, dan RM480 pada setiap tahun yang berikutnya

b. Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.

c. Menerima dividen tahunan KWSP

d. Bantuan Kematian: RM2,500

** tertakluk kepada terma dan syarat KWSP

*Sumbangan kerajaan ke dalam akaun KWSP sehingga RM200 kepada mereka yang layak bagi caruman untuk tempoh Ogos – Disember 2018. Bagi tahun berikutnya, jumlah sumbangan adalah sehingga RM480 setahun (tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan)

Syarat Kelayakan i-Suri KWSP 


1. Warganegara Malaysia
2. Belum mencapai umur 60 tahun
3. Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR)
4. Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 Nov 2018
5. Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP

Had Bayaran

i. Minimum (RM sahaja) - Tiada had

ii. Maksimum (RM sahaja) - RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, i-Saraan, i-Suri, Caruman Simpanan Tambahan – berkuat kuasa Januari 2013)

Pendaftaran i-Suri KWSP 


Pendaftaran ahli KWSP/ I-Suri bagi individu yang layak boleh dibuat di mana-mana kaunter KWSP. Anda perlu membawa nombor kad pengenalan bersama dua borang seperti berikut ;

Cara Mengkreditkan Caruman 


KWSP akan membuat tuntutan sumbangan Kerajaan secara berkala berdasarkan caruman bagi separuh tahun tempoh pertama (Januari hingga Jun) dan separuh tahun tempoh kedua (Julai hingga Disember) setiap tahun. Wang sumbangan akan dikreditkan ke akaun ahli selepas KWSP menerimanya daripada Kerajaan. Sumbangan ini akan dikreditkan ke dalam Akaun 1 ahli (Akaun Persaraan) dan Akaun 2.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang i-Suri boleh layari ke laman web https://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution/insentif-suri

Semoga pemberian insentif ini dapat membantu dan meringankan bebanan seorang suri rumah.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.