Header Ads

Borang Inspirasiku YAPEIM 2020 (Dana Inspirasi Malaysia)

Borang Inspirasiku YAPEIM 2020 (Dana Inspirasi Malaysia). Bilakah tarikh permohonan Bantuan Dana Inspirasi Malaysia dibuka? Perhatian buat para ibu bapa dan pelajar yang ingin membuat permohonan Dana Inspirasi Malaysia tahun 2020. Untuk makluman, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) mempelawa kepada yang berkelayakan memohon Dana Inspirasi Malaysia YAPEIM untuk bantuan persekolahan awal tahun 2020. Permohonan boleh dibuat dengan memuat turun borang permohonan di laman web rasmi YAPEIM atau terus ke pejabat YAPEIM. Permohonan ini dibuka sehingga 31 Januari 2020.

Borang Inspirasiku YAPEIM 2020 (Dana Inspirasi Malaysia)

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia atau ringkasnya YaPEIM adalah sebuah yayasan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan dimana  melancarkan satu insentif terbaru iaitu Dana Inspirasi Malaysia. Inisiatif ini yang dikenali sebagai Inspirasiku tujuan utamanya adalah untuk memberi bantuan kepada hampir 40,000 pelajar sekolah rendah dan menengah termasuk Institut Pengajian Tinggi (IPT) daripada keluarga B40 bagi persediaan sekolah. 

Borang Inspirasiku YAPEIM 2020 (Dana Inspirasi Malaysia)


Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh dan aplikasi permohonan Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku) YAPEIM beserta syarat kelayakan permohonan dan cara hubungi:

Tarikh Permohonan : 1 Disember 2019 sehingga 31 Januari 2020

Syarat Kelayakan Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku) 2020


Antara syarat-syarat kelayakan Dana Inspirasi Malaysia adalah seperti berikut :

1. Permohonan mesti atas nama ibu bapa/penjaga.
2. Mestilah Warganegara Malaysia.
3. Mendapat surat tawaran pengajian dari sekolah/ IPT di dalam dan luar negara.
4. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan Negara bagi Kategori B40.

Kadar Bantuan

i. Pelajar Sekolah – Sehingga RM500

ii. Pelajar Institusi Pengajian Tinggi – Sehingga RM1,000

Borang Permohonan Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku) 2020


1. Permohonan boleh dibuat secara online di laman sesawang YaPEIM iaitu http://diny.yapeim.my:81/borang-permohonan-bantuan.php

Atau:

Mendapatkan borang permohonan di 212 buah cawangan Ar Rahmu YaPEIM atau Pejabat YaPEIM Negeri atau Ibu Pejabat YaPEIM.

2. Borang permohonan yang telah diisi dengan lengkap perlu dihantar bersama dokumen-dokumen yang diperlukan iaitu :

i. Satu salinan kad pengenalan pemohon
Satu salinan kad pengenalan suami, isteri dan tanggungan
iii. Satu surat pengangkatan JPN/ akuan sumpah penjagaan jika tanggungan bukan anak kandung
iv. Satu salinan sijil nikah/ sijil kematian/ sijil cerai
v. Satu salinan penyata gaji suami dan isteri/ pencen/ surat pengesahan pendapatan terkini seisi rumah
vi. Satu salinan surat tawaran atau pendaftaran sekolah
vii. Satu salinan surat tawaran institusi dan kad pelajar (Permohonan bagi pelajar IPT)
viii. Satu salinan senarai yuran persekolahan/ Institusi Pengajian Tinggi
x. Nombor akaun Bank

3. Semua salinan dokumen perlulah mendapat cop pengesahan daripada Pegawai A (Pegawai Kerajaan/ Penghulu/ Ketua Kampung/ Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung/ Nazir atau Pegawai yang boleh membuat pengesahan dokumen.

4. Dokumen yang telah lengkap, boleh dihantar melalui cara seperti berikut:

i. Serahan tangan ke ibu pejabat YAPEIM
ii. Pos laju/ ekspres ke ibu pejabat YAPEIM
iii. Emel ke alamat pembangunankomunitiyapeim@gmail.com
iv. Cawangan Ar Rahnu YAPEIM
v. Pejabat YAPEIM Negeri

Sebarang pertanyaan lanjut tentang Dana Inspirasi Malaysia, sila hubungi di:

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM)
Tingkat 8, Grand Season Avenue, No. 72, Jalan Pahang, 53000 Kuala Lumpur
No. Tel: +6(0) 3-2717 2717
No. Faks: +6(0)3 2717 2616
Email: responseyapeim@gmail.com
Web: http://yapeim.net.my/

7 ulasan:

  1. Saya ada anak 4orang bersekolah 2 orang sekolh menengah dan 2 orang sekolh rendah..macam mana nak isi borang..adakah sekali isi borang atau setiap 1 ank 1 borang perlu di isi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1 kali isi je.. nanti ada ruangan utk senaraikan nama anak2 yang bersekolah.

      Padam
  2. Saya ada anak 4orang bersekolah 2 orang sekolh menengah dan 2 orang sekolh rendah..macam mana nak isi borang..adakah sekali isi borang atau setiap 1 ank 1 borang perlu di isi.

    BalasPadam
  3. Ipt kena isi oleh pelajar....Surat nikah tu IBU bapa punya perlu ke...

    BalasPadam
  4. Hi saya nk bertnya cara isi borang online yapim dan apakah link tuk online yng sah

    BalasPadam
  5. bagaimanakah nak mendapatkan borang permohonan yapeim secara online

    BalasPadam
  6. Nak tahu keputusan bantuan yapem

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.