Header Ads

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah PSEE 2020 [TERKINI]

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah PSEE 2020 [TERKINI]. Adakah anda calon peperiksaan online SPA8i tahun 2020? Panduan buat calon yang bakal menduduki peperiksaan online yang dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Dalam peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE), anda akan menghadapi tiga seksyen iaitu Kefahaman Bahasa Inggeris, Pengetahuan Am termasuk Daya Menyelesaikan Masalah. Lazimnya, seksyen daya menyelesaikan masalah merupakan bahagian utama dalam mana-mana peperiksaan online bagi pelbagai jawatan kelayakan PMR/ SPM/ Diploma dan Ijazah.

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah PSEE 2020

Bahagian seksyen daya menyelesaikan masalah sangat penting kerana ia menguji dalam kemahiran logik, menginterpretasi dan analisis data dan konsep matematik yang hanya merangkumi silibus Matematik SPM.

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah PSEE 2020 [TERKINI] 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang contoh soalan daya menyelesaikan masalah peperiksaan online SPA sebagai panduan buat calon. Dalam seksyen ini akan dibahagikan kepada kemahiran menggunakan logik, menginterpretasi data dan matematik.

i) Kemahiran Menggunakan Logik

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan, kemahiran berfikir serta mempunyai kemahiran mengaplikasi maklumat yang diberikan untuk memilih jawapan yang paling tepat dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Peperiksaan Akauntan WA41

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Peperiksaan Akauntan WA41

ii) Kemahiran Menginterpretasi Data

Calon diberikan beberapa soalan penyelesaian masalah yang menggunakam pelbagai data dan perangkaan.

Carta berikut menunjukkan bilangan pelancong tempatan dan luar negara yang melawat ke Zoo Negara dari bulan Januari hingga Mac.

Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif Gred 41 LHDN

Pada bulan April , bilangan pelancong luar negara telah menurun sebanyak 40 peratus manakala bialngan pelancong tempatan adalah 1/3 berbanding bulan sebelumnya. Hitung jumlah perbezaan antara pelancong tempatan dan pelancong luar negara yang datang melawat ke Zoo Negara bagi bulan April.

A. 20 orang  C. 60 orang
B. 40 orang  D. 80 orang

Jawapan : B

Teknik menjawab soalan

Pelancong luar negara:
40/100% x 400 = 160
400 - 160 = 240

Pelancong tempatan :
1/3 x 600 = 200

Beza pelancong Bulan April :
240 - 200 = 40

iii) Konsep Matematik

Konsep Matematik yang lebih berkisar soalan standard PMR dan Sijil Pelajaran Malaysia mengikut gred jawatan yang dipohon. Anda perlu memahami beberapa konsep dan istilah Matematik seperti mod, median, min dalam sub-sub topik Statistik, algebra dan geometri.

1. Husniah mempunyai 5 gulung tali. Panjang setiap gulung tapi adalah 3.5 meter. Dia menggunakan 3 gulung tali dan 145 cm daripada satu gulung yang lain. Cari panjang dalam meter, baki tali yang belum digunakan.
A. 2.05
B. 5.55
C. 8.45
D. 10.55

2. 3 jam 35 minit sebelum pukul 3.50 petang ialah .....
A. 12.25
B. 12.05
C. 12.15
D. 12.30

3. Cari median bagi taburan nombor ini:
| 23 | 25 | 23 | 23 | 24 | 25 | 24 | 25 |
A. 23.5
B. 24
C. 24.5
D. 25

3. 4 pasang kasut berharga RM272.00 dan 6 helai baju pula berharga RM240.00. Berapakah harga bagi 3 pasang kasut dan 3
helai baju setelah harga dikurangkan sebanyak 5%.
A. RM324.00
B. RM313.80
C. RM308.00
D. RM307.80

4. Satu mesin menghasilkan 840 buku roti dalam masa  2 jam 30 minit. Berapakah bilangan buku roti yang dapat dihasilkan oleh mesin itu dalam
20 minit?
A. 80
B. 100
C. 112
D. 140

5. Harga sebuah televisyen dan 6 buah meja berjumlah RM3562. Harga satu set pinggan kaca adalah 25% kurang daripada jumlah harga tersebut. Berapakah harga bagi tiga set pinggan kaca ?
A. RM5625.50
B. RM3562.00
C. RM8014.50
D. RM2671.50

6. Sebuah van dipandu dari Bandar Keramat ke Bandar Aman yang jaraknya 180km dalam masa 1 jam 45 minit. Berapakah laju purata van tersebut dipandu?
A. 100 km/j
B. 102 km/j
C. 103 km/j
D. 102.9km/j

7. 50% daripada jumlah wang simpanan Abdul diberikan kepada 3 orang anaknya. Setiap seorang mendapat RM258.25 Berapakah jumlah keseluruhan wang simpanan Abdul?
A. RM2324.25
B. RM774.75
C. RM1550.5
D. RM1549.5

8. Sebuah kilang biskut menghasilkan 480 tin biskut dalam seminggu untuk dijual. Satu tin mengandungi 4.5kg biskut dan dijual dengan harga RM3.50 sekilogram. Berapakah hasil jualan biskut yang diperolehi oleh kilang itu dalam seminggu?
A. RM1680
B. RM7560
C. RM2160
D. RM4680

9. (3,4,6,5,2,9,8,2,3,1) adalah satu set data. Apakah median data tersebut?
A. 2.0 C. 4.5
B. 3.5 D. 5.0

10. 2 jam 25 minit sebelum 3.15 pm ialah
A. 10.50 pm
B. 10.50 am
C. 5.40 pm
D. 5.40 am

11. Sebuah kenderaan dipandu dengan purata kelajuan 113km/j selama 4 jam 30 minit. Setiap 2 liter minyak diesel, kenderaan tersebut boleh bergerak sejauh 31.25 km. Berapa liter minyak diesel yang digunakan sejauh perjalanan tersebut?
A. 508.5 liter
B. 610.5 liter
C. 32.544 liter
D. 16.272 liter

12. Harga motorsikal Mikael ialah 33% lebih tinggi daripada harga motorsikal Adam. Berapakah beza harga motorsikal mereka berdua jika motorsikal Mikael
berharga RM7,500?
A. RM5,639.10
B. RM5,025.00
C. RM2,475.00
D. RM1,860.90

13. Setelah penurunan harga sebanyak 35 peratus jumlah harga 3 helai baju yang sama ialah RM115.05. Berapakah harga asal bagi sehelai baju itu?
A. RM59.00
B. RM58.00
C. RM174.00
D. RM177.00

NAK DAPATKAN RUJUKAN LENGKAP PEPERIKSAAN ONLINE PSEE? 


Untuk makluman Tim infokerjaya ada terbitkan satu rujukan lengkap untuk persediaan buat calon bagi menghadapi peperiksaan online. Rujukan ini dilengkapi dengan nota-nota, contoh-contoh soalan pengetahuan am, Matematik dan kefahaman Bahasa Inggeris beserta jawapan dan jalan kerja.

Ini yang anda bakal dapat dalam rujukan ;
√ Huraian format peperiksaan terkini
√ Contoh soalan Daya Menyelesaikan Masalah (70++ Soalan & Jawapan)
√ Formula Matematik
√ 120++ muka surat



Untuk dapatkan rujukan lengkap ini, sila klik pautan di bawah ;

[+] http://infotambahan.com/seksyen/37705

Penafian : Contoh soalan ini adalah hanya bentuk gambaran sahaja bukannya soalan bocor atau pun ramalan.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.