Header Ads

Contoh Soalan Pengetahuan Am SPA 2020 (Exam Online)

Contoh Soalan Pengetahuan Am SPA 2020 (Exam Online). Bagaimana struktur soalan seksyen pengetahuan am SPA? Panduan buat calon yang bakal menduduki peperiksaan online SPA. Untuk makluman, kini terdapat tiga seksyen peperiksaan online SPA yang perlu dilaksanakan iaitu pengetahuan am, daya menyelesaikan masalah dan kefahaman Bahasa Inggeris. Lazimnya soalan pengetahuan am akan diberikan pada jawatan yang berkelayakan Ijazah misalnya PTD, Pegawai Kawalan Trafik Udara dan sebagainya.

Contoh Soalan Pengetahuan Am SPA 2020 (Exam Online)

Dalam seksyen pengetahuan am ia agak umum dan mengikut jawatan berkenaan. Soalan-soalan yang akan ditanya kebiasaannya melibatkan beberapa perkara antaranya bidang kerja sosial, perpaduan negara, keharmonian negara, teknologi maklumat dan komunikasi, pentadbiran negara dan keselamatan negara termasuklah juga isu semasa negara dan di luar negara.

Contoh Soalan Pengetahuan Am SPA 2020 (Exam Online) 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang contoh-contoh soalan pengetahuan am peperiksaan online SPA.

1. Dasar sosial negara mempunyai objektif utama seperti berikut KECUALI :
A. Berdaya tahan dan mengekalkan sistem demokratik
B. Menjana sinergi multisektor
C. Memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan dan perkhidmatan sosial
D. Membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat.

2. Kementerian yang diberi mandat untuk menerajui Perbincangan
Transformasi Nasional 50 (TN50) adalah
A. Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi
B. Kementerian Komunikasi & Multimedia
C. Kementerian Kewangan
D. Kementerian Belia dan Sukan

3. Berikut adalah benar tentang Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS)
kecuali
A. Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) merupakan peralihan kerajaan daripada Strategi Lautan Merah Kebangsaan
B. Kerajaan menggunakan prinsip NBOS untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi
C. NBOS menekankan prinsip impak tinggi, kos rendah, pelaksanaan pantas dan mampan
D. NBOS adalah asas kepada Strategi Pembangunan Nasional Malaysia (MyNDS)

4. Antara berikut, pilih padanan yang sesuai tentang kategori mahkamah
dan jenis mahkamah di Malaysia
I. Mahkamah Rendah --> Mahkamah Penghulu
II. Mahkamah Atasan -> Mahkamah Sesyen
III. Mahkamah Khas --> Mahkamah Juvana
IV. Mahkamah Adat --> Mahkamah Pegawai
A. I sahaja
B. I, II dan III
C. I, I, III dan IV
D. I dan IV

5. Apakah panggilan yang diberikan kepada ahli dalam Dewan Negara.
A. Senator
B. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
C. Ahli Majlis
D. Ahli Dewan Negara

6. Pilih kes-kes sivil yang berkaitan dengan Mahkamah Awam?
I. Jenayah curi wang syarikat
II. Saman hutang yang dituntut
III. Hal ehwal tuntutan harta pusaka
IV. Dokumen perjalanan yang dipalsukan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

7. Badan perundangan di Malaysia mempunyai beberapa komponen
utama KECUALI
A. Yang di-Pertuan Agong
B. Parlimen
C. Dewan Negara
D. Dewan Rakyat

Nota: Contoh soalan di atas hanyalah gambaran sahaja bukannya soalan ramalan atau bocor.

NAK DAPATKAN RUJUKAN LENGKAP PEPERIKSAAN ONLINE PSEE? 


Untuk makluman Tim infokerjaya ada terbitkan satu rujukan lengkap untuk persiapan peperiksaan online. Rujukan ini dilengkapi dengan nota-nota, contoh-contoh soalan Pengetahuan Am, Matematik dan kefahaman Bahasa Inggeris beserta jawapan dan jalan kerja.

Ini yang anda bakal dapat dalam rujukan ;
√ Huraian format peperiksaan terkini
√ Contoh soalan Pengetahuan Am (40++ Soalan & Jawapan)
√ Contoh soalan Daya Menyelesaikan Masalah (40++ Soalan & Jawapan)
√ Contoh soalan Kefahaman Bahasa Inggeris (30++ Soalan & Jawapan)
√ Formula Matematik
√ 120++ muka surat



Untuk dapatkan nota peperiksaan online ini anda terus ke laman di bawah ;

[+] https://go.infotambahan.com/ebookextra/37705

Pihak SPA8i.net tidak berkaitan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Apa yang tim SPA8i.net sediakan adalah bantuan persediaan calon untuk menduduki peperiksaan. Soalan disediakan bukan BUKU KAJIAN jauh sekali soalan sebenar peperiksaan. Ianya lebih kepada contoh soalan untuk memudahkan persediaan calon dilengkapi dengan nota-nota persediaan.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.