Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Juruterapi Pergigian Gred U29

Gaji, Kelayakan & Tugas Juruterapi Pergigian Gred U29. Anda berminat bekerja sebagai kakitangan awam sebagai Juruterapi Pergigian? Jom mohon kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Permohonan jawatan kosong Juruterapi Pergigian Gred U29 boleh dibuat secara online di laman web rasmi SPA. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Juruterapi Pergigian Gred U29.

Gaji, Kelayakan & Tugas Juruterapi Pergigian Gred U29

Permohonan dan pengambilan jawatan Juruterapi Pergigian Gred U29 telah dibuka kekosongan jawatan di Kementerian Kesihatan Malaysia. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Juruterapi Pergigian Gred U29 bagi permohonan kerja lepasan Diploma menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Juruterapi Pergigian Gred U29


Berikut dikongsikan adalah informasi tentang Juruterapi Pergigian Gred U29 mengenai gaji, kelayakan dan deksripsi tugasnya ;

Gaji Juruterapi Pergigian Gred U29


Gaji Juruterapi Pergigian Gred U29 sekitar RM1,797.00 sehingga RM5,753.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan adalah berjumlah RM145.00.

Syarat Kelayakan Juruterapi Pergigian Gred U29


Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

1. warganegara Malaysia;
2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
3. Diploma dalam bidang kejururawatan pergigian atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,797.00).
4. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Juruterapi Pergigian Gred U29 boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

Deskripsi Tugas Juruterapi Pergigian Gred U29


Berikut adalah tugas-tugas Juruterapi Pergigian Gred U29 seperti di bawah :

Tugas-tugas Rawatan Pesakit

1. Am
Perkhidmatan kesihatan oral kanak-kanak tadika, sekolah, kanak-kanak istimewa dan warga tua. Juga agensi kerajaan dan pusat-pusat kesihatan.

2. Diagnosis
Memeriksa, mendiagnosis dan mengatur rawatan pesakit-pesakit dibawah penjagaannya dan merujuk kepada pegawai pergigian untuk tindakan selanjutnya.

3. Profilaksis
Pembersihan gigi termasuk prosedur penskoleran, pembersihan dan pengilapan bagi permulaan.

4. Restorasi
Menyedia kaviti dan membuat tempahan.

5. Cabutan gigi serta mengawal pendarahan setelah cabutan

6. Rawatan lain mengikut arahan

Selamat maju jaya dan semoga dapat berkhidmat di pelbagai jabatan.

Sumber : SPA

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.