Header Ads

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Pasir Gudang 2020 (MPPG)

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Pasir Gudang 2020 (MPPG). Peluang buat mereka yang berkelayakan dan berminat untuk memohon jawatan kosong di sektor perkhidmatan awam. Untuk makluman daripada portal Majlis Perbandaran Pasir Gudang mempelawa kepada calon yang berkomited dan berminat membuat permohonan jawatan kosong Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) tahun 2020. Permohonan jawatan kosong ini boleh dibuat dengan memuat turun borang di laman web rasmi www.mppg.gov.my. Tarikh tutup permohonan adalah pada 23 Januari 2020.

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Pasir Gudang 2020 (MPPG)

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Pasir Gudang 2020 (MPPG)  


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak
kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. Keutamaan kepada rakyat Negeri Johor yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:

Jawatan :
1. PEGAWAI HIDUPAN LIAR GRED G41
2. PENOLONG PEGAWAI SENI BINA GRED JA29
3. PENOLONG JURUUKUR BAHAN GRED JA29
4. PENOLONG JURUTERA GRED JA29
5. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29
6. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN GRED W29
7. PENOLONG JURUAUDIT GRED W29
8. PENOLONG AKAUNTAN GRED W29
9. PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN GRED G29
10. PENOLONG PEGAWAI PENGUAT KUASA GRED KP29
Kekosongan Baru
Lokasi Kekosongan : Johor
Sektor : Kerajaan
Tarikh Tutup : 23 Januari 2020

Cara Permohonan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Pasir Gudang Online 


Berikut adalah panduan permohonan jawatan kosong di Majlis Perbandaran Pasir Gudang tahun 2020 seperti di bawah :

1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Pasir Gudang dengan bayaran RM1.00 setiap borang yang boleh didapati di Kaunter Khidmat Pelanggan MPPG atau muat turun secara percuma melalui laman web www.mppg.gov.my.

2. Semua permohonan hendaklah disertakan :-

a) Salinan Kad Pengenalan dan Salinan Sijil Lahir
b) Salinan Sijil-Sijil Persekolahan / Salinan Sijil Berhenti Sekolah
c) Salinan Lesen Memandu
d) Gambar warna berukuran passport
e) Surat/dokumen-dokumen berkaitan jika ada,
Serta dialamatkan kepada;
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG
ARAS 19, MENARA AQABAH
81700 PASIR GUDANG, JOHOR
(U.P: BAHAGIAN SUMBER MANUSIA)

3. Permohonan daripada calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan
Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan
dengan menyertakan salinan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini dan 3 laporan penilaian prestasi tahunan yang terakhir sepertimana mengikut peraturan
18 Bab A Tahun 2012 dibawah peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan,
Kenaikan Pangkat, dan penamatan Perkhidmatan).

4. Hanya calon yang layak untuk ditemuduga sahaja akan dihubungi.

Semoga anda berjaya mengisi kekosongan jawatan di Majlis Perbandaran Pasir Gudang tahun 2020.

Sumber : MPPG

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.