Header Ads

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kajang 2023 (MPKj)

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kajang 2023. Peluang buat mereka yang berkelayakan dan berminat untuk memohon jawatan kosong di sektor perkhidmatan awam. Untuk makluman daripada portal Majlis Perbandaran Kajang mempelawa kepada calon yang berkomited dan berminat membuat permohonan jawatan kosong Majlis Perbandaran Kajang tahun 2022. Permohonan jawatan kosong ini boleh dibuat dengan memuat turun borang di laman web rasmi www.mpkj.gov.my. Tarikh tutup permohonan adalah pada 1 Mac 2022.

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kajang 2021

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kajang 2023


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. Keutamaan kepada rakyat Negeri Selangor yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:

Jawatan :
1. PENOLONG JURUTERA
2. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT
Jabatan : Majlis Perbandaran Kajang
Kekosongan Baru
Lokasi Kekosongan : Selangor
Sektor : Kerajaan
Tarikh Tutup : 1 Mac 2022

Cara Permohonan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kajang Online 


Berikut adalah panduan permohonan jawatan kosong di Majlis Perbandaran Kajang seperti di bawah :

1. Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web www.mpkj.gov.my.

2. Borang permohonan hendaklah disertakan bersama dokumen tersebut :
(i) Salinan Kad Pengenalan.
(ii) Sijil Kelahiran.
(iii) Sijil-sijil Persekolahan.
(iv) Sekeping Gambar Berukuran Pasport.
(v) Salinan Lesen Memandu (Jawatan Pembantu Operasi Gred N11 sahaja)

3. Setiap Salinan Sijil/Dokumen hendaklah DISAHKAN oleh Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan & Profesional) / Pengetua Sekolah / Wakil Rakyat / Penghulu / Ketua Kampung.

4. Bagi pegawai yang sedang berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam, permohonan
hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 21 dan Bab ‘A’ 1973 dan menyertakan bersama - sama Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan.

5. Semua dokumen hendaklah dikepilkan dengan kemas bagi mengelakkan keciciran / kehilangan dokumen. Nama jawatan yang dipohon hendaklah dicatat di sebelah kiri
atas sampul surat.

6. Permohonan hendaklah dialamatkan kepada :

Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Kajang
Menara MPKj,
Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
(u/p: Bahagian Sumber Manusia.)

Nota : Hanya calon yang disenarai pendek sahaja layak dipanggil temuduga.

Semoga anda berjaya mengisi kekosongan jawatan di Majlis Perbandaran Kajang tahun 2023.

Sumber : MPKJ

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.