Header Ads

Permohonan Guru Ganti 2023 Sekolah Rendah & Sekolah Menengah

Permohonan Guru Ganti 2023 Sekolah Rendah & Sekolah Menengah. Nak jadi guru ganti? Berapa gaji guru ganti? Panduan buat anda yang berminat dan berkelayakan menjadi guru ganti di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Untuk makluman, permohonan Guru Ganti tahun 2022 bakal dibuka melalui Pejabat Pendidikan Negeri (JPN) negeri masing-masing mengikut kekosongan jawatan yang ditawarkan pada setiap tahun. Kekosongan sementara berlaku di sekolah apabila guru-guru terlatih tiada di sekolah bagi suatu tempoh tertentu.

Permohonan Guru Ganti 2023 Sekolah Rendah & Sekolah Menengah

Bagi mengisi kekosongan sementara ini, Guru Ganti yang terdiri daripada pelajar lulusan SPM, STPM, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang tidak memiliki latihan ikhtisas perguruan atau pengalaman telah dilantik secara kontrak bagi suatu tempoh tidak melebihi tiga bulan berturutan. Guru Ganti adalah guru tidak terlatih yang ditempatkan di suatu sekolah bagi mengisi kekosongan sementara guru tetap disebabkan cuti bersalin, cuti sakit, cuti mengerjakan haji, berkursus atau lain-lain hal yang dibenarkan.

Permohonan Guru Ganti 2023 Sekolah Rendah & Sekolah Menengah


Berikut dikongsikan maklumat tentang permohonan guru ganti termasuk memaparkan syarat kelayakan, tarikh dan aplikasi permohonan :

Syarat Kelayakan Individu Untuk Memohon Guru Ganti


Antara syarat-syarat kelayakan untuk memohon guru ganti adalah seperti berikut :

1. Warganegara Malaysia
2. Sihat tubuh badan dan tidak cacat pancaindera
3. Berumur antara 18 - 30 tahun (Bukan Siswazah) dan 18 - 35 tahun (Siswazah)
4. Sekurang-kurangnya Kepujian dalam empat (4) mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia di peringkat SPM
5. Syarat tambahan bagi Guru Ganti Pendidikan Islam : Kepujian Bahasa Arab (SPM) / Bahasa Arab Tinggi dan Agama Islam Tinggi / IV Senawi
6. Syarat tambahan bagi Guru Ganti Bahasa Cina : Kepujian Bahasa Cina (SPM)
7. Syarat tambahan bagi Guru Ganti Bahasa Tamil : Kepujian Bahasa Tamil (SPM)

Iklan Permohonan Jawatan Guru Ganti


Akan dikemaskini 

Cara Permohonan Guru Ganti 


1. Bagi anda yang berkelayakan boleh memohon guru ganti dengan perlu hadir ke Pejabat Pendidikan Daerah di tempat anda.

2. Sila isi borang yang perlu dilengkapkan.

3. Pastikan pakai baju formal dan sertakan dokumen-dokumen yang diperlukan.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.