Header Ads

Senarai Skim Bantuan Zakat Baitulmal MAIWP 2020

Senarai Skim Bantuan Zakat Baitulmal MAIWP 2020. Adakah anda tergolong dalam golongan Asnaf? Berita baik buat golongan yang berkelayakan untuk memohon bantuan zakat. Untuk makluman, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah memperkenalkan pelbagai jenis skim bantuan zakat.

Senarai Skim Bantuan Zakat Baitulmal MAIWP 2020

Senarai Skim Bantuan Zakat Baitulmal MAIWP 2020 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang skim bantuan zakat Baitulmal MAIWP termasuk memaparkan senarai skim, syarat kelayakan dan permohonan :

Syarat Umum Permohonan 


a. Beragama Islam
b. Warganegara Malaysia
c. Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari  (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
d. Tertakluk kepada Pengiraan Had al-Kifayah

Jenis Skim Bantuan Zakat Baitulmal MAIWP


A. PEMBANGUNAN ASNAF

1. Bantuan Tambang Dan Keperluan Diri
2. Bantuan Musibah
3. Bantuan Kecemasan
4. Bantuan perkahwinan
5. Bantuan Takaful Asnaf
6. Bantuan Kewangan Bulanan
7. Bantuan Aidilfitri
8. Bantuan Menyelesaikan Hutang (Al-Gharimin)
9. Bantuan Guaman Syarie
10. Bantuan Perubatan (Hemodialisis, Peralatan Kesihatan dan AM)

B. PENDIDIKAN

1. Bantuan Am Persekolahan
2. Bantuan Pakaian dan Peralatan Persekolahan
3. Bantuan Am Pelajaran IPT / Bantuan Persediaan IPT
4. Bantuan Tuisyen
5. Bantuan Pelajar Institut Profesional Baitulmal
6. Bantuan Pelajar Kolej Antarabangsa Sains Perubatan PUSRAWI (PICOMS)
7. Bantuan Biasiswa Baitulmal Insentif Khas Pelajar Cemerlang

Senarai Skim Bantuan Zakat Baitulmal MAIWP 2020

Cara Permohonan 


Datang sendiri ke pejabat Baitulmal MAIWP atau boleh melayari laman web www.maiwp.gov.my untuk maklumat lanjut mengenai permohonan bantuan dan memuat turun borang permohonan. Jumlah bantuan zakat yang diberikan kepada seorang pemohon yang layak adalah berbeza-beza mengikut jenis bantuan dan taraf kehidupan pemohon.

Untuk sebarang keterangan lanjut sila layari ke laman web rasmi MAIWP https://www.maiwp.gov.my/.


2 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.