Header Ads

Jawatan Kosong Majlis Daerah Labis 2021

Jawatan Kosong Majlis Daerah Labis 2021. Berminat bekerja di Majlis Daerah? Peluang buat mereka yang berkelayakan dan berminat untuk memohon jawatan kosong di sektor perkhidmatan awam. Untuk makluman, permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong Majlis Daerah Labis tahun 2021. Permohonan jawatan kosong ini boleh dibuat dengan memuat turun borang permohonan di Pejabat Majlis Daerah Labis dengan harga RM1.00. Tarikh tutup permohonan adalah pada 28 Mac 2021.

Jawatan Kosong Majlis Daerah Labis 2021

Jawatan Kosong Majlis Daerah Labis 2021


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada rakyat Negeri Johor yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk mengisi jawatan berikut :

Jawatan : PEMBANTU AWAM GRED H11
Jabatan : Majlis Daerah Labis
Kekosongan Baru 2021
Lokasi Kekosongan : Johor
Sektor : Kerajaan
Tarikh Tutup Permohonan : 28 Mac 2021

Cara Permohonan Jawatan Kosong Majlis Daerah Labis Online 


1. Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan yang boleh
didapati dengan harga RM1.00 satu set di Pejabat Majlis Daerah Labis atau dengan memuat turun borang di laman web http://www.mdlabis.gov.my/ms/mdl/pusat-media/berita/jawatan-kosong

2. Borang Permohonan Jawatan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH LABIS
85300 LABIS, JOHOR

3. Sila nyatakan jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul surat semasa memohon. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan dokumen-dokumen seperti berikut:
(i) Kad pengenalan diri yang telah disahkan;
(ii) Sijil kelahiran yang telah disahkan;
(iii) Sijil Berhenti Sekolah dan sijil persekolahan yang telah disahkan;
(iv) Kelulusan akademik (Sijil/Diploma/Ijazah)* mana yang berkaitan dengan jawatan yang dimohon;
(v) Transkrip keputusan akhir peperiksaan (jika Diploma/Ijazah sebenar masih belum diterima);
(vi) Satu (1) keping gambar terbaru berukuran ‘passport’
(vii) Dokumen-dokumen sokongan yang lain (jika ada) yang telah disahkan.

PERINGATAN : SEMUA SALINAN DOKUMEN DI ATAS HENDAKLAH DISAHKAN OLEH PEGAWAI KERAJAAN ( KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL ) ATAU PENGHULU MUKIM/KETUA KAMPUNG.

Semoga anda berjaya mengisi kekosongan jawatan di Majlis Daerah Labis tahun 2021.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.