Header Ads

Permohonan Lesen Motosikal Percuma Terengganu Sejahtera 2020 Online (LMTS)

Permohonan Lesen Motosikal Percuma Terengganu Sejahtera 2020 Online (LMTS).
Berita buat anak jati Negeri Terengganu yang belum mempunyai lesen motosikal. Untuk makluman, kerajaan negeri Terengganu masih meneruskan Program Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera (LMTS) di bawah skim iDANA Terengganu tahun 2020. Bagi anda yang berkelayakan boleh membuat permohonan lesen L & P motosikal percuma ini bermula 20 Februari sehingga 12 Mac 2020. Pendaftaran boleh dibuat secara online atau dapatkan borang di mana-mana Pejabat Khidmat DUN.

Permohonan Lesen Motosikal Percuma Terengganu Sejahtera 2020 Online (LMTS)

Permohonan Lesen Motosikal Percuma Terengganu Sejahtera 2020 Online (LMTS) 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Program Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Tarikh Permohonan : 20 Februari - 05 Mac 2020

Syarat Kelayakan Program Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera 


Antara syarat-syarat kelayakan permohonan Lesen Motosikal Terenngganu Sejahtera yang perlu diikuti adalah seperti berikut :

a. Pemohon mestilah anak jati Negeri Terengganu atau bermastautin 10 tahun lebih di negeri tersebut.
b. Berumur 16 tahun sehingga 40 tahun untuk lesen B2 sahaja.
c. Berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan.
d. Permohonan hanya boleh dibuat secara online atau manual.
e. Pemohonan hanya boleh dibuat sekali sahaja.

Permohonan Lesen Motosikal Percuma Terengganu Sejahtera 2020 Online (LMTS)

Cara Permohonan Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera Online & Manual


A. Secara Online

1. Permohonan boleh dibuat secara online di laman web rasmi iDANA http://idana.terengganu.gov.my/

2. Masukkan nombor kad pengenalan dan klik butang SEMAK.

3. Kemudian, tanda pada kotak 'Lesen B2' dan klik permohonan baharu.

4. Tandakan pada ruangan pengakuan dan klikbbutang SETUJU untuk proses seterusnya.

5. Isikan maklumat dengan lengkap dan hantar permohonan tersebut.

B. Secara Manual

Selain online, pemohon juga boleh membuat permohonan LMTS dengan mengisi borang secara manual yang boleh didapati di Pejabat Dewan Undangan Negeri, Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung. Setelah lengkap diisi, borang permohonan tersebut boleh dihantar ke tempat yang dinyatakan itu.

Sebarang keterangan lanjut, sila hubungi ;

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu
Tingkat 15, Wisma Darul Iman
20503 Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman
No. Tel : 09-6231957

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.