Header Ads

Semakan Penyata Pencen Online (Pesara Kerajaan)

Semakan Penyata Pencen Online (Pesara Kerajaan). Adakah anda bekas anggota kerajaan yang telah tamat perkhidmatan? Panduan buat rakyat Malaysia khususnya golongan pesara yang ingin menyemak penyata pencen. Untuk makluman, kini anda boleh semak penyata pencen secara atas talian di portal rasmi Bahagian Pasca Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam. Portal ini diwujudkan khas buat penjawat awam dan pesara kerajaan untuk dapatkan maklumat tentang tarikh pembayaran pencen, pemakluman bayaran ganjaran, bantuan mengurus jenazah dan sebagainya.

Semakan Penyata Pencen Online (Pesara Kerajaan)

Semakan Penyata Pencen Online (Pesara Kerajaan) 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang semakan penyata pencen termasuk memaparkan fungsi dan aplikasi online :

Fungsi Aplikasi Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA 


Aplikasi atas talian yang terdapat di laman sesawang Bahagian Pasca Perkhidmatan (www.jpapencen.gov.my) adalah seperti di bawah. Aplikasi ini turut boleh dicapai melalui laman sesawang KWAP (www.kwap.gov.my)

1. Semakan Status Permohonan Persaraan;
2. Cetakan Surat Persaraan Pilihan;
3. Semakan Pemberian Taraf Berpencen;
4. Semakan Kelulusan Faedah Persaraan;
5. Semakan Penyata Pencen;
6. Pemakluman Bayaran Ganjaran;
7. Bantuan Mengurus Jenazah;
8. Semak Pindaan Potongan;
9. Cetakan Surat Kelulusan Skim A Berwakil;
10. Sistem Maklum Balas;
11. Surat Akuan Pesara;
12. Kelulusan Pelantikan Wakil Diri;
13. Status Permohonan Tuntutan Perubatan; dan
14. Status Permohonan Pencen Terbitan (Mati Dalam Persaraan).

Cara Semakan Penyata Pencen Online 


1. Layari ke laman portal rasmi Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA iaitu http://www.jpapencen.gov.my/.

Semakan Penyata Pencen Online (Pesara Kerajaan)

2. Setelah masuk halaman portal, lihat di sebelah kiri halaman yang memaparkan Aplikasi dan klik pada butang 'Cetakan Penyata Pencen'.

Semakan Penyata Pencen Online (Pesara Kerajaan)
Penyata Bayaran Pencen

3. Masukkan nombor kad pengenalan, nombor akaun pencen dan pilih tahun dikehendaki.

4. Klik petak 'I'm not a robot'. Kemudian, klik pada butang 'Hantar'.

5. Maklumat penyata pencen akan dipaparkan.

Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang hal ehwal pesaraan :

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pasca Perkhidmatan
Aras 5, Blok C2, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 Wilayah Persekutuan, Putrajaya.

No. Tel : 03-8000 8000 (atau sila rujuk direktori JPA secara online)
No. Faks : 03-8888 4028/03-8889 2196
URL : www.jpapencen.gov.my
Facebook : Bahagian Pasca Perkhidmatan

Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)
Jabatan Perkhidmatan Persaraan
Aras 2, Skytech Tower 2,
MKN Embassy Techzone, Jalan Technokrat 2, Cyber 4
63000 Cyberjaya, Selangor.

No. Tel : 03-8887 8777 (atau sila rujuk direktori JPA secara online)
No. Faks : 03-8887 8770
URL : www.kwap.gov.my/MY/Pension Services
E-mel : mypesara@kwap.gov.my

BACA JUGA : Jadual Pembayaran Pencen 2023

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.