Header Ads

Senarai Bantuan Perniagaan 2023 Pinjaman)

Senarai Bantuan Perniagaan 2023 (Pinjaman). Nak tahu cara dapatkan modal atau bantuan perniagaan? Panduan buat usahawan atau pemilik bisnes yang mencari pinjaman perniagaan untuk memulakan perniagaan. Biasanya sebelum memulakan sesuatu bisnes memerlukan modal untuk set up tempat atau membeli barangan. Untuk makluman, terdapat beberapa organisasi kerajaan menawarkan bantuan atau pinjaman perniagaan buat para usahawan antaranya iaitu TEKUN Nasional, PROSPER PUNB, SUPERB Teraju dan banyak lagi.

Senarai Bantuan Perniagaan 2020 (Pinjaman)

Senarai Bantuan Perniagaan 2023 (Pinjaman) 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang senarai bantuan atau pinjaman perniagaan yang ditawarkan oleh organisasi kerajaan tahun 2020 :

1. TEKUN Nasional

TEKUN Nasional atau dahulunya dikenali sebagai Yayasan TEKUN Nasional merupakan agensi di bawah Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani yang menyediakan kemudahan pembiayaan kepada bumiputera untuk memulakan atau memajukan perniagaan mereka. Pinjaman yang disediakan bermula dari RM10,000 sehingga RM100,000 bagi tempoh 5-10 tahun. Terdapat beberapa skim pinjaman perniagaan yang disediakan TEKUN antaranya iaitu:

i. Skim Pembiayaan TEKUN Nasional
ii. Skim Pembiayaan Teman TEKUN
iii. Skim Pembiayaan Program TemanNita
iv. Skim Pembiayaan Kontra-i
v. AR-RAHNU TEKUN

2. PROSPER PUNB

PROSPER adalah produk pembiayaan berasaskan syari’ah dari Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB). Jumlah pembiayaan yang ditawarkan sehingga RM100,000 bagi tempoh bayaran balik 7 tahun. Dalam masa sama PUNB juga menyediakan program pembangunan korporat dan latihan pembangunan usahawan.

3. SUPERB TERAJU

Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) memperkenalkan Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (SUPERB) untuk menyediakan geran sehingga RM500,000 untuk menyokong idea perniagaan yang inovatif dan kreatif.

4. Dana TERAS TERAJU

Dana Teras bertujuan memudahkan pengembangan perniagaan syarikat di bawah Program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (Teras). Pembiayaan di bawah Dana Teras adalah untuk modal kerja dan pembelian aset. Dana ini disediakan secara kolaborasi antara TERAJU dan institusi kewangan dan diuruskan sepenuhnya oleh SME Bank, MIDF, RHB Islamic dan Maybank Islamic.

5. Pinjaman Perniagaan MARA

Majlis Amanah Rakyat atau ringkasnya MARA menyediakan satu skim pembiayaan perniagaan sehingga RM5 juta. MARA menyediakan beberapa skim mengikut kesesuaian sesuatu bisnes antaranya iaitu Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE), Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan (SPiM), Kemudahan Pembiayaan Perniagaan Kepada OKU, Skim Pembiayaan Perniagaan Lepasan IPMa (SEMAi), Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM), MARA Entrepreneur Guarantee Scheme (MEGS) dan Skim Pembiayaan Usahawan Global MARA – EXIM (GEMS).

Sumber

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.