Header Ads

Semakan Status Bantuan Persekolahan IPT YAPEIM 2020 (Dana Inspirasi Malaysia)

Semakan Status Bantuan Persekolahan IPT YAPEIM 2020 (Dana Inspirasi Malaysia). Bilakah tarikh semakan status Dana Inspirasi Malaysia tahun 2020? Perhatian buat ibu bapa atau pemohon yang membuat permohonan Dana Inspirasi Malaysia YAPEIM fasa pertama tahun 2020. Untuk makluman, semakan status Dana Inspirasi Malaysia bagi bantuan persekolahan awal dan IPT tahun 2020 boleh disemak secara online menerusi laman web rasmi YAPEIM mulai 16 Mac 2020. Bagi anda yang gagal, permohonan Dana Inspirasi Malaysia boleh dibuat sekiranya fasa kedua DIBUKA.

Semakan Status Bantuan Persekolahan IPT YAPEIM 2020 (Dana Inspirasi Malaysia)

Dana Inspirasi Malaysia atau juga dikenali sebagai Inspirasiku adalah satu inisiatif daripada kerajaan yang dikendalikan sepenuhnya oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bertujuan untuk meringankan bebanan kewangan pelajar khususnya keluarga berpendapatan rendah B40. Inisiatif bantuan ini diberikan untuk persiapan persekolahan dan persediaan kemasukan ke institusi pengajian tinggi (IPT).

Semakan Status Bantuan Persekolahan IPT YAPEIM 2020 (Dana Inspirasi Malaysia) 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang status Dana Inspirasi Malaysia 2020 termasuk memaparkan tarikh dan aplikasi semakan :

Tarikh Semakan : 16 Mac 2020

Cara Semakan Permohonan Dana Inspirasi Malaysia 2020 Online 


1. Untuk semakan boleh dibuat secara online di laman web rasmi YAPEIM http://eamal.yapeim.my/semakan/

2. Setelah itu, masukkan nombor kad pengenalan tanpa dash '-' dan klik pada butang ‘SEMAK’.

c. Keputusan akan dipaparkan sama ada ‘DILULUSKAN’ atau ‘SEDANG DIPROSES’.

Nota :

i. Bagi pelajar sekolah yang layak akan menerima bantuan sehingga RM500.00
manakala bagi pelajar IPT akan menerima
bantuan sehingga RM1,000.00.

ii. Bantuan diagihkan secara serahan tunai atau pindahan akaun dan kaedah agihan akan dimaklumkan setelah permohonan diluluskan.

Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang Dana Inspirasi Malaysia, sila hubungi :

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM)
Tingkat 8, Grand Season Avenue, No. 72, Jalan Pahang, 53000 Kuala Lumpur
No. Tel: +6(0) 3-2717 2717
No. Faks: +6(0)3 2717 2616
Email: responseyapeim@gmail.com

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.